Dakwah Fardiyyah

Bismillah

Alhamdulillah, saya telah memberikan sedikit keluangan masa untuk membaca sedikit sebanyak mengenai dakwah fardiyyah. Sebelum ini sudah saya membaca satu buku bertajuk dakwah fardiyyah, tapi saya lupa siapa pengarangnya dan saya sendiri tidak berapa fokus dalam pembacaan tempoh hari. InsyaAllah kali ini pembacaan saya adalah untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai dakwah fardiyyah itu sendiri.

Buku karangan Mustafa Masyhur, merupakan buku kedua yang saya baca berkenaan tajuk dakwah fardiyyah ini. Di dalam buku tersebut telah digariskan secara ringkas mengenai pengertian, kepentingan, peringkat-peringkat serta beberapa lagi perkara yang berkaitan dengan dakwah fardiyyah ini.

Dakwah fardiyyah literally bermaksud dakwah individu. Dari sudut istilahnya bolehlah diertikan sebagai dakwah peringkat personal antara seorang pendakwah (daei)  dan orang yang didakwah (mad’u). Disebut dalam buku tersebut bahawa dakwah individu ini merupakan method yang paling berkesan dalam kita berdakwah disebabkan dakwah inidividu ini bolehlah dikatakan sebagai dakwah dari hati ke hati.

Tetapi untuk mencapai tahap keberkesanan yang tinggi dalam dakwah fardiyyah, seharusnya kita melalui beberapa langkah yang juga telah digariskan oleh Mustafa Masyhur. Langkah-langkah tersebut ialah:

1. Ukhuwah

Langkah pertama yang perlu diambil ialah membentuk hubungan dengan mad’u yang dikenal pasti. Ambil berat mengenainya samada dengan menziarahinya, berjumpa mahupun menghubungi melalui telefon. Dalam erti kata lain, kita menjaga kebajikan mad’u kita sebaiknya. Dari situ akan timbul satu bentuk hubungan semacam adik-beradik.

Pada tahap ini juga, untuk menyebut dengan jelas mengenai iman adalah kurang sesuai ditakuti mad’u belum bersedia untuk berbual mengenainya.

2. Iman

Setelah ukhuwah dengan mad’u berjaya dibentuk, bolehlah kita menyelitkan sedikit sebanyak perbicaraan mengenai Iman secara indirect, ataupun bahasa yang digunakan dalam buku karangan Mustafa Masyhur, secara tidak sengaja. Bermakna perbincangan mengenai iman bukanlah melalui tazkirah atau majlis-majlis formal yang kita beri secara direct. Tapi ia lebih berbentuk kepada perbualan harian biasa cumanya diselitkan dengan kekuasaan dan kekuatan Allah.

3. Ibadah Khusus

Seterusnya, setelah mad’u mula merasakan kepentingan iman dalam diri, bolehlah kita berbicara mengenai ketaatan kepada perintah2 dan larangan2 Allah. Kita juga harus membantunya memberntuk akhlak dan disiplin dalam kehidupan seharian. Memberi pengajaran mengenai keburukan2 maksiat dan perkara-perkara basic yang lain.

4. Ibadah Umum

Apabila mad’u kita sudah menunjukkan perkembangan yang mantap dalam ibadah khusus, peranan kita seterusnya adalah untuk menerangkan kesyumulan Islam. Apa yang ingin dibawa pada tahap ini ialah, Islam bukanlah hanya sekadar solat, zakat, puasa dan Haji. Malah Lebih dari itu.

Perlu diterangkan kepada mad’u bahawa, dalam pekerjaan kita seharian yang meliputi makan, minum, tidur dan lain2, sekiranya ia dilakukan ikhlas kerana Allah dan berlandaskan syariat Islam (sunnah nabi), ia juga akan dikiran sebagai ibadah. Dan begitulah sepatutnya skop ibadah yang luas dalam Islam.

5. Dakwah

Setelah mad’u kita sudah jelas mengenai iman dan Islam, langkah seterusnya adalah untuk menerangkan bahawa Islam ini tidak berpada jika kita seorang sahaja yang betul-betul melaksanakannya. Penting untuk kita menyampaikannya kepada orang lain di sekelling kita.

Kita tidak boleh hidup dengan mangasingkan diri dari orang lain sepanjang masa. Sukar untuk Islam berkmbang biak sekiranya Islam tidak disebarkan kepada orang lain. Oleh itu, perlu kita terangkan kepada mad’u bahawa kita perlu turun kepada masyarakat dan mengajar mengenai Islam.

6. Jemaah

Di peringkat ini, mad’u kita harus diterangkan mengenai kepentingan bergerak secara berkumpulan (berjemaah). Daulah Islamiyyah tidak mungkin terbentuk jika kita hanya bergerak seorang. Bergerak secara solo ini menyebabkan kita lebih terdedah kepada bahaya-bahaya dalam dakwah seperti futur dan sebagainya.

Amat penting untuk kita bergerak secara berjemaah sebagai salah satu check and balance system, dan support system.

7. Harakah

Setelah mad’u kita sudah jelas mengenai hakikat kepentingan bergerak secara berjemaah dan sudah melaksanakannya, maka sudah sampai masanya untuk kita menerangkan kepada mad’u akan kepentingan untuk memilih organisasi yang sesuai untuk disertai. Penting untuk kita menerangkan serba sedikit mengenai kepentingan menyertai organisasi kerana dari situ kita akan dapat lihat satu sistem (manhaj) yang lebih jelas untuk merealisasikan dakwah.

Dalam pemilihan organisasi (harakah), penting untuk kita jelas mengenai prinsip-prinsip perjuangan yang kita mahu bawa. Dalam perkara ini, mad’u harus diberi ruang masa untuk berfikir dan berbincang supaya jelas mengenai hala tuju dan juga organisasi mana yang ingin disertai. Kita boleh mempengaruhi keputusan yang ingin dibuat oleh mad’u, tapi jangan sesekali memaksa mad’u untuk menyertai harakah yang kita sertai.

Sudah tentu langkah-langkah ini perlu dilakukan mengikut turutan (tertib). Kalau dilihat setiap langkah yang disusun mempunyai kaitan yang tersendiri. Jadi bagi mengelakkan berlakunya kecacatan dalam proses dakwah tarbiyyah, amatlah disaran agar para daei untuk mengikuti tertib langkah-kangkah itu.

InsyaAllah jika para daei dapat mendalami dan mamahami ilmu dakwah fardiyyah sebaiknya, amatlah tidak mustahil untuk kita berjaya dalam usaha ini. Tapi harus diingat, hidayah ini milik Allah. Jadi kalau usaha kita gagal, ketahuilah bahawa sesungguhnya kerja kita hanyalah berusaha sebaik mungkin, kerana itu yang akan dinilai oleh Allah, bukannya kejayan kita yang dinilai.

Wallahua’lam.

Facebook Comments:

3 thoughts on “Dakwah Fardiyyah

  • February 9, 2009 at 11:07 am
    Permalink

    Menarik bila dilihat di sini, langkah ke-5 barulah dinamakan dakwah.
    Masa yang diambil untuk mencapai langkah ke-5 itu bukan lah sekejap. Maka haruslah kita sedar, proses dakwah ini bukanlah singkat dan bukanlah senang-senang kita ingin mengiktiraf diri kita atau persatuan kita sebagai badan dakwah.

    Justeru, haruslah kita ambil berat dan jangan memandang ringan.

    Reply
  • February 12, 2009 at 12:09 am
    Permalink

    Yang penting, jangan tinggalkan mad’u di tengah jalan. Dibiarkan terkapai2, akhirnya kembali kepada dirinya yang lama. Ruginya!

    Even dia bukan adik/anak usrah lagi, tanggungjawab membimbing masih di bahu si da’ie.

    Reply
  • February 15, 2009 at 8:03 pm
    Permalink

    Jazakallah akhi Imran TY atas ulasan yang memberangsangkan berkenaan dakwah fardiyyah.

    Jika direnung kembali, perkara ini memang berkait rapat dengan konsep PIES.
    P – bentuk ukhuwah diantara daie dan juga mad’u
    E – keluar makan bersama, telefon, jaga kebajikan
    I – berbual ttg isu semasa, diselitkan dengan pengisian rohani
    S – terbentuk nya rohani yang mantap, seterusnya melahirkan seorang lagi daie yang berkualiti. insyaAllah. =)

    Usaha, usaha dan usaha. Hidayah milik Allah jua.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Usrah tidak mencerna minda?

Realiti hari ini kita banyak mendengar pelbagai kritikan dilontarkan terhadap institusi usrah. Ada yang mengatakan institusi usrah tidak berjaya melahirkan

Close