Asli itu Relevan. Relevan itu Haq

Ketika melihat kepada satu sistem komputer, kita tidak menyatakan bahawa meja si komputer bertenggek sebagai salah satu komponen sistem. Ia tidak relevan walaupun dekat dengan komputer. Apabila ia relevan, itu menunjukkan keaslian sistem komputer tersebut. Relevan atau tidak itu bergantung kepada kebenaran atau dalam bahasa Arab itu diistilahkan sebagai haqq. Dalam hidup, kalau tidak mendekati al-Haqq iaitu Allah, maka kita akan menjadi tidak asli. Jika tidak berpegang kepada yang authentic, kita akan menjadi tidak relevan walaupun satu masa dahulu kita amat relevan.

Jadi kebenaran atau haqq itu penting diambil perhatian dalam setiap saat. Jika ia tidak diperhatikan dengan bantuan al-Haqq, seseorang itu akan ‘benci’ pada dirinya. Mengapa ? Kerana ada kebatilan atau komponen tidak relevan berada dalam diri. Kebatilan itu ‘tidak sesuai dipakai’ kerana ia virus yang akan menyebabkan diri kita sakit dan tidak tenang.

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (2:42)

Dengan al-haqq, pasti lambat laun akan terserlah jua.

Bahasa relevan

Bahasa memainkan peranan dalam memastikan apa yang disampaikan adalah relevan. Kekadang ‘apa’ yang diperkatakan itu betul, namun kerana ‘bagaimana’ itu tidak disampaikan dengan baik, kebenaran itu nampak tidak jelas. Ia nampak kurang relevan oleh si pendengar.

Dulu ada yang melabelkan diri: tertekan atau rungsing. Namun kini ramai yang menggunakan perkataan stres untuk menunjukkan perkara yang sama. Intipati tetap sama di mana kerunsingan atau was-was itu sumbernya dari syaitan yang ingin menakutkan umat manusia.

Dalam Surah al-Baqarah

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (2:268)

Intipati tetap sama, tetapi disampaikan dalam bentuk yang relevan. Itu bertujuan untuk mengekalkan keaslian. Kalau ia tidak relevan dengan kehidupan mereka, mana mungkin orang nampak ia masih asli.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pentingnya Syariat Menguruskan ‘Chaos’

Dalam Sirah Nabawiyah, Nabi dilatih dengan menjadi seorang penggembala kambing. Menjadi penggembala kambing biri-biri memerlukan kesabaran dan sifat proaktif untuk

Close