Ledakan Gelombang Ke-4

Stephen R. Covey, di dalam bukunya yang bertajuk ‘The 8th Habit’  ada membincangkan sedikit mengenai ledakan gelombang revolusi ini. Covey menerangkan manusia di dunia ini menghadapi perubahan yang sama seperti mana yang dijelaskan oleh Toffler, tetapi Covey telah menjangkakan ledakan ke empat adalah ledakan ‘wisdom’. Apa yang menariknya, Covey banyak mengupas mengenai makna, nilai dan kestabilan nilai ketuhanan. Ini bermakna, Covey ada menjangkakan bahawa ledakan yang pasti berlaku pada abad ke 21 ini ialah ledakan kerohanian atau spiritual.

Toffler juga ada menganggarkan beberapa perubahan di dalam ledakan ke empat di dunia barat juga adalah ledakan terhadap nilai dan makna. Ledakan ke empat ini di andaikan dengan berasaskan kepada beberapa perkara (Sistemik Thinking);

 

1.       Masyarakat mencari agama dan nilai spiritual

2.       Penggunaan akan digantikan dengan bertambahnya aspek GAIA

3.       Materialisme akan jatuh

4.       Institusi akan menuju ke arah sahutan global

5.       kekayaan, kejayaan akan didefinikan semula terutamanya di dalam sistem kewangan

6.       Sempadan yang tidak ketara akan muncul di dunia korporat dan kehidupan individu

7.       Agama akan mendahului sains

 
Mereka semua mengandaikan beberapa perkara yang berkait rapat dengan nilai dan makna kehidupan. Kini Barat mula cenderung kepada nilai spiritual. Mereka mula membincangkan nilai jujur, amanah, dan sebagainya kerana mereka mula melihat bahawa nilai-nilai spiritual ini mampu memcu manusia kepada kejayaan yang sebenar. Sebelum ini mereka melihat kejayaan adalah mengikut neraca kekayaan, banyak asset dan luasnya empayar perniagaan. Tetapi mereka mula mendifinasikan semula erti kejayaan. Manakala nilai di dalam mencapai kejayaan yang sebenar juga, mereka telah mula membincangkannya. Jika sebelum ini, perbincangan mengenai spiritual di anggap menjijikkan, tetapi kini, mereka mula berpatah semula.

 

 

Mengapa kini, mereka mula melihat semula nilai spiritual? Apakah definisi spiritual bagi Barat?

 


NonZero

 

Penulisan menarik oleh Robert Wright di dalam bukunya NON ZERO; The Logic Of Human Destiny, ada menyatakan bahawa, tamadun yang dibina di dalam dunia ini, termasuklah tamadun semasa zaman Babylon, Firaun dan sebagainya sehinggalah hari ini, ‘mereka’
melakukan dan membinanya adalah atas alasan kuasa, pengaruh, kekayaan dan kepuasan.

 

Bagaimanakah nasib akhir bagi tamadun yang dibina atas alasan ini?

 
Apakah tamadun ini kekal membangun dengan membawa erti sebenar kehidupan?

 

Inilah kesannya. Mengapa manusia kini mula membicarakan tentang spiritual alah kerana mereka telah begitu lama hidup di dalam keadaan yang jauh dari makna dan nilai ketuhanan yang sebenar. Mereka hidup dengan prinsip-prinsip hidup yang membinasakan diri mereka sendiri, mereka juga hidup di dalam sistem kehidupan yang direka dan dibentuk oleh mereka sendiri lalu menghimpit diri mereka sendiri. Mereka juhga telah lama tidak dapat melihat dan merasai nilai kasih sayang, simpati, membantu kerana egoisme, kekayaan dan lakaran-lakaran yang mereka sendiri lakukan itu telah menyebabkan mereka sunyi dan sepi di dalam mengenali makna dan nilai bertuhan.

 
Sudah pasti revolusi spiritual akan bangkit di dalam era ledakan yang ke empat. Mereka (Barat) mula melihat dan mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan spiritual selepas kejadian 11 September. Mereka mula menghargai nilai kejujuran di dalam dunia perniagaan dan sebagainya. Mereka terus mencari dan menggali makna dan nilai spiritual yang sebenar.

 

Text Box: Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batuan ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah mengkehendaki nescaya kamu dijadikanNya satu umat, tetapi berlumbalah membuat kebajikan. Hanya kepada Allah kembali kamu semuanya lalu diberitahukan kepadamu  apa yang telah kamu perselisihkan itu    Al-Maidah 48 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Spiritual Traveler

Satu fakta yang menarik lagi yang berlaku di barat ialah mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan dan membasahkan kekeringan

Close