Mentaliti dizalimi

Dalam kisah Nabi Musa bersama seorang Bani Israel dan seorang Arab Qibti, ia menerangkan mentaliti dizalimi. Nabi Musa menolong hari ini – dihargai oleh si Bani Israel. Keesokannya, si Bani Israel yang sama membocorkan rahsia kepada Firaun yang menyebabkan Nabi Musa dikejar.

Apakah ciri mereka yang selalu ditindas dalam hidup? Personaliti tidak konsisten. Prinsip sering bertukar.

Hari ini kata lain. Esok kata lain. Ini disebabkan kesusahan dan tekanan yang berlaku dalam hidup – hingga sukar untuk bersyukur dengan apa yang ada.

Hari ini jadi kawan. Bila-bila masa boleh jadi lawan. Kemudian kawan semula – kalau ada faedah atau manfaat di sebaliknya.

Bagaimana menyelesaikan perkara ini?

Syukur perlu dijadikan asas. Orang yang bersyukur ada prinsip. Prinsip ini yang akan menjadikan seseorang konsisten dalam kehidupan. Akhlaknya konsisten melaksanakan kebaikan. Kalau tersilap, akan konsisten mengakuinya dan tidak mudah untuk menyalahkan orang lain.

Individu yang dizalimi akan cuba untuk meloloskan diri daripada disalahkan oleh orang lain. Apabila diri silap, lantas disalahkan orang lain kerana beliau takut disalahkan lagi. Aspek tanggungjawab amat sukar dipegangnya kerana nanti akan rasa tertekan dan dizalimi lagi.

Kembali kepada Tuhan dan rasa bertanggungjawab dengan bersyukur apa yang ada di sekeliling akan menjadikan si dizalimi tidak terus bermentaliti dizalimi. Orang yang dizalimi dan bermentaliti dizalimi akan merasakan cahaya merosakkan mata atau mengancam status quo diri.

Moga Allah menjadikan diri kita jauh dari kegelapan kezaliman.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Konflik ideologi dan konflik sosial

"Saya tidak setuju tuan menyatakan JWW Birch ini seorang yang zalim. Beliau menjalankan tugasnya sebagai seorang pemimpin." Konflik ideologi. "Saya

Close