Apabila Manusia Tidak Menghargai


Apabila Manusia Tidak Menghargai

 

“Aku dah kerja lama. Bos tak hargai usaha saya.”

“Kumpulan saya sudah lama dan memberi sumbangan kepada ramai orang. Mengapa masing-masing tidak bersyukur dan menghargai kumpulan ini?”

Sabar itu Bukan Pasif dan Kosong

Allah berfirman dalam Surah Yusuf

فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَيْهِ قَالُوا يَا أَيُّهَا الْعَزِيزُ مَسَّنَا وَأَهْلَنَا الضُّرُّ وَجِئْنَا بِبِضَاعَةٍ مُزْجَاةٍ فَأَوْفِ لَنَا الْكَيْلَ وَتَصَدَّقْ عَلَيْنَا إِنَّ اللَّهَ يَجْزِي الْمُتَصَدِّقِينَ (٨٨)قَالَ هَلْ عَلِمْتُمْ مَا فَعَلْتُمْ بِيُوسُفَ وَأَخِيهِ إِذْ أَنْتُمْ جَاهِلُونَ (٨٩)قَالُوا أَئِنَّكَ لأنْتَ يُوسُفُ قَالَ أَنَا يُوسُفُ وَهَذَا أَخِي قَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا إِنَّهُ مَنْ يَتَّقِ وَيَصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ (٩٠)

  1. Maka ketika mereka masuk ke (tempat) Yusuf, mereka berkata: “Hai Al Aziz, Kami dan keluarga Kami telah ditimpa kesengsaraan dan Kami datang membawa barang-barang yang tak berharga, Maka sempurnakanlah sukatan untuk Kami, dan bersedekahlah kepada Kami, Sesungguhnya Allah memberi Balasan kepada orang-orang yang bersedekah”.
  2. Yusuf berkata: “Apakah kamu mengetahui (kejelekan) apa yang telah kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya ketika kamu tidak mengetahui (akibat) perbuatanmu itu?”.
  3. Mereka berkata: “Apakah kamu ini benar-benar Yusuf?”. Yusuf menjawab: “Akulah Yusuf dan ini saudaraku. Sesungguhnya Allah telah melimpahkan karunia-Nya kepada kami”. Sesungguhnya barang siapa yang bertakwa dan bersabar, Maka Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik”

 

Dalam kisah di atas, Nabi Yusuf menjadi pemimpin di Mesir. Adik-beradiknya hadir untuk meminta bantuan. Jika diikut balas dendam, pasti tidak dibantu.Nabi Yusuf pernah tidak dihargai. Namun panduan ini amat berharga: Sesungguhnya barang siapa yang bertakwa dan bersabar, Maka Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik

Taqwa dan Sabar

Taqwa ialah melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-larangan-Nya.

Ketika ada peluang buat rasuah, taqwa memainkan peranan.

Ketika ada peluang menipu, taqwa memainkan peranan.

Ketika ada godaan wanita atau harta, taqwa memainkan peranan.

Ketika ingin membantu atau tidak, taqwa memainkan peranan.

Taqwa ini boleh goncang ketika cabaran dan ujian makin berat. Ujian akan makin bertambah dari sehari ke sehari dalam hidup seseorang.

Bagi si anak 3 tahun, ujian ialah untuk mendapatkan permainan dan susu.

Bagi anak 30 tahun, ujian ialah untuk mencari duit bagi membeli permainanan, susu dan memastikan si anak terus menjadi soleh.

Hal di atas memerlukan taqwa dan sabar.

Taqwa diperlukan ketika menunaikan perintah dan sabar dalam meninggalkan larangan.

Bagi seorang suami: Perintah Allah untuk menjaga amanah dan meninggalkan perkara yang tidak dibenarkan seperti bergelumang dengan sumber rezeki tidak halal.

Bagi seorang isteri: Perintah untuk taat suami dan meninggalkan keborosan ketika berbelanja

Bagi seorang pemimpin: Menguruskan kepimpinan dengan baik dan meninggalkan penyelewengan pada harta si rakyat atau pengikut.

Ibn Taimiyah dan Surah Yusuf

Ibn Taimiyah menyatakan dalam Jamiar-Rasaail bahawa Nabi Yusuf dizalimi dan kemudian diberi ujian dengan adanya orang yang mengajak beliau berbuat keji, orang ini merayu berbuat keji dan Nabi Yusuf memohon pertolongan Allah yang dapat menolong beliau agar dapat mengalahkannya.

Nabi Yusuf berpegang kepada agama Allah dan memilih penjara daripada melakukan perkara keji tersebut. Nabi Yusuf memilih untuk sengsara di dunia dan bahagia di akhirat. Ini memerlukan taqwa dan sabar.

Seterusnya Nabi Yusuf menghadapi 2 jenis gangguan yang dihadapi dengan taqwa dan sabar:

Gangguan 1: daripada merdeka menjadi hamba sahaya ketika dijual dengan harga murah ketika abang-abangnya memasukkan beliau ke dalam sumur.

Gangguan 2: kezaliman dari isteri pemerintah yang menyebabkan beliau memilih untuk menjadi tahanan penjara.

Gangguan 2 lebih besar kerana Nabi Yusuf membuat pilihan sendiri padahal Gangguan 1 hampir tiada pilihan ketika beliau dimasukkan dalam sumur. Taqwa dan sabar ini menatijahkan ganjaran tanpa putus dari Allah.

Ujian Nabi Muhammad berbanding Nabi Yusuf

Berikut ialah perbandingan ujian Nabi Muhammad dengan Nabi Yusuf menurut Ibn Taimiyah:

Nabi Muhammad Nabi Yusuf
Diminta menjadi kafir Diminta membuat perkara keji
Dihukum bunuh kalau tidak ikut Dihukum penjara kalau tidak ikut

 

Ujian di atas ialah ujian yang memerlukan pilihan taqwa dan sabar atau menurut kepada kehendak keji dan tidak bersabar dengan ujian.

Bagi ujian dengan pilihan, ia membawa ganjaran lebih besar kepada setiap individu atau masyarakat. Ada ujian yang hadir dengan tanpa pilihan seperti kurang duit atau diboikot adik beradik dan ada ujian yang hadir dengan pilihan untuk kita membuat perkara baik atau tidak. Ganjarannya sudah tentu berbeza sebagaimana Allah nyatakan:

“ Maka Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik”

Kesenangan Tertangguh (Delayed Gratification)

Dalam konsep psikologi, menangguhkan kesenangan jangka masa pendek ini dinamakan sebagai delayed gratification. Allah akan mencampakkan dalam hati berupa iman, cahaya, kenyamanan dan ketenangan dengan menagguhkan kelazatan sepintas seperti melihat pornografi, aurat tidak halal, mengumpat, rasuah, makanan haram dan pelbagai perkara yang tidak dibenarkan untuk deria-deria manusia ‘merasai kelazatan sepintas’ (immediate gratification).

Bagaimana Ubat Kesakitan Cinta Kelazatan Sepintas?

Nasihat dari Ibn Qaiyim al-Jauziyah menyatakan perlu untuk

  1. Menahan dirinya dari yang haram dari segi penglihatan, perkataan atau perbuatan
  2. Menyembunyikan perkara itu
  3. Tidak berbicara sehingga tiada lagi perkataan haram samada mengadu kepada makhluk atau menampakkan perkara keji atau bercakap untuk mendapatkan kelazatan sepintas yang dicintainya.

3 perkara di atas memerlukan taqwa dan sabar.

Maka sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik

Ketika ada orang yang dengki dan tidak senang dengan kelebihan yang ada, solusinya ialah sabar dan taqwa.

Maka sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik

Jika sabar dan taqwa (Surah ali Imran)

Dalam Surah ali Imran diulang 3 kali perkataan: jika kamu sabar dan taqwa

2 ayat berhubung peristiwa ketika Perang Uhud manakala satu lagi berkaitan cara menguruskan gangguan atau konflik dengan musuh di kalangan orang musyrik dan ahli kitab.

 

 

إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُمْ وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ يَفْرَحُوا بِهَا وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا لا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ (١٢٠)

3:120. jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.

 

إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِينَ أَلَنْ يَكْفِيَكُمْ أَنْ يُمِدَّكُمْ رَبُّكُمْ بِثَلاثَةِ آلافٍ مِنَ الْمَلائِكَةِ مُنْزَلِينَ (١٢٤)بَلَى إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَذَا يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلافٍ مِنَ الْمَلائِكَةِ مُسَوِّمِينَ (١٢٥)

3:124. (ingatlah), ketika kamu mengatakan kepada orang mukmin: “Apakah tidak cukup bagi kamu Allah membantu kamu dengan tiga ribu Malaikat yang diturunkan (dari langit)?”

3:125. Ya (cukup), jika kamu bersabar dan bersiap-siaga, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda.

 

Apabila berhadapan dengan musuh di kalangan orang musyrik dan ahli kitab, panduan dari Allah:

لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا أَذًى كَثِيرًا وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الأمُورِ (١٨٦)

3:186. kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. jika kamu bersabar dan bertakwa, Maka Sesungguhnya yang demikian itu Termasuk urusan yang patut diutamakan.

 

Apabila timbul emosi negatif sebab manusia

 

Jika di tempat kerja ada sesuatu yang menyebabkan kita kecewa disebabkan manusia..

Apabila di rumah ada sesuatu yang menyedihkan atau mengecewakan  disebabkan karenah manusia..

Apabila ada pilihan untuk membalas atau berbuat keburukan..

Allah membekalkan taqwa dan sabar. Ganjarannya amat besar dan tidak putus di sisi Allah.

“ Maka Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik”

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Bengkel Mudah Cara Fahami al-Quran – Tahap 3

Sehari sebelum program Sistem audio dan visual sudah disemak. 8.00 am  Meja pendaftaran sudah tersedia. Kit peserta dengan pen atau...

Close