Mengisi 2012-2013 di Timeline

(Sambungan dari Mengisi My Legacy)

“Dah sedia nak isi bahagian 2012-2013?” tanya Ahmad pagi itu selepas bersarapan.

“Siap!”

Halim memasuki akaun Gmail beliau dan membuka Google Docs. Klik pada Timeline & Goal Setting A+ – Halim.

“Jadi sekarang kau dah ada isi My Legacy. Details bagaimana ingin mencapai My Legacy ialah mengikut perancangan tahunan. Cuba klik pada 2012-2013 tersebut.”

“2 tahun sekaligus ke?”

“Tidak. Disebabkan sekarang kau isi Nov 2012, jadi diletakkanlah 2012-2013. Selepas ini kena buat ikut tahun demi tahun.”

Halim klik dan mula menyemak beberapa kolum yang ada. Ada P, I, E dan S. Cuma kali ini lebih details dan ada kolum tambahan di hujung.

Kolum Motive dan Action. Motive dibahagikan kepada P, I, E dan S. Di bawah kolum Action ada Action Item, Done & Comment.

“Ahmad, terangkan sikit nie. Lain dari semalam.”

“Ok. Begini. Secara ringkas kejayaan dibina 2 kali. Satu di bahagian minda atau teori. Di sinilah kau akan isi perancangan 2012-2013. Isi mungkin di awal tahun. Tak semestinya lengkap.”

“Lagi satu bahagian kejayaan?”

“Action. Tindakan. Kena ambil tindakan,” balas Ahmad.

“Ok. Jadi aku kena rancang bahagian Motive – ya?”

Angguk.

Mula dengan hujung

“Jadi apa yang perlu dibuat, ialah kau isi apa yang kau nak capai. Yang besar kau dah nyatakan dalam My Legacy. Kali ini kau detail-kan lagi. Sebagai contoh, kalau kau nak pergi umrah tahun depan bulan Jun 2013, kat mana kau nak letak?”

Halim membalas,” Sudah tentu S.”

“Terbaik. Berapa RM diperlukan?”

“Sekitar RM6000 campur belanja RM 2000. Semua RM 8000.”

“Ok. Maksudnya bila paling lambat perlu ada RM 8000 dalam akaun untuk umrah?”

“Paling lewat April 2013 dah ada,” balas Halim. Yakin.

“Haa, kalau begitu, letakkan RM 8000 pada April 2013. Kolum mana?”

“Kolum S ke?” Halim tidak jelas.

“Itu duit. Fizikal.”

Halim cut RM 8000 yang ditulisnya dan di-paste ke kolum P.

“Kalau kau perasan, ia berkait. Kau nak ke umrah bulan Jun, duit kena siap bulan April. Bagaimana nak dapat?”

“Aku buat bisnes sikit,” balas Halim yang sudah merancang sebelum ini.

“Bisnes apa?”

“Aku nak jual e-book.”

“Jadi kena letak kat mana?”

“Letak apa?” tanya Halim.

“Buat ebook bukan boleh jadi tiba-tiba. Mesti diletakkan sebagai hasil atau target. Sebagai gol. ”

“Pasal aku guna ilmu dan kemahiran untuk buat bisnes ini, aku letak bawah I.”

“Tepat. Selain itu? Apa bisnes kau nak buat?”

Halim membalas, “Aku nak ajar orang buat ebook. Buat training.”

Setiap perkara baru ialah Projek

“Buat training ebook dan menghasilkan ebook adalah 2 perkara berbeza. Bila ada perkara berbeza, kita namakan projek.  Apa yang kau boleh buat, kau namakan projek I1 dan I2. Kalau tiada kolum, kau tambah je.”

“Maksudnya, I1 ialah menulis ebbok dan I2 ialah melatih buat ebook?”

Ahmad senyum dan angguk. Halim ini bijak orangnya.

“Dan aku kena letakkan target kan dalam setiap projek, I1 dan I2.”

“Ya. Kau letakkan target. Bila kau nak hasilkan ebook? Berapa banyak?”

“Aku target Feb 2013 dah ada 5. Kalau Jan 2013 paling kurang 2. Disember 2013 nanti aku ada satu.”

“Terbaik. Memang itu cara guna timeline ini. Kenalpasti projek, letakkan target akhir. Kemudian tarik ke belakang untuk menyenaraikan kejayaan-kejayaan kecil.” Ahmad menerangkannya.

“Menarik. Aku selama ini rasa banyak benda aku fikir. Tapi bila begini, tersusun dan aku rasa tidak beban.”

“Memang itu pun tujuan Timeline nie. Jadi selepas ini kau dah biasa gunakannya,”balas Ahmad.

Action Item dan Done

“Selepas dah rancang, setiap minggu boleh le kau tengok apa yang perlu dibuat. Letak apa proses atau action yang perlu dibuat. Kalau sudah dibuat, pindahkan ke kolum Done.”

Halim memerhati. Dia senyum. Selepas ini, beliau tidak akan pening-pening memikirkan semua perkara dan projek dalam satu masa. Itu yang melelahkan.

Apa yang ada dalam Timeline?

“Aku rasa aku dah faham guna Timeline ini secara ringkas. Mad, sambil aku isi minggu ini, ada tak apa-apa bacaan dan rujukan pasal aku nak faham intipati Timeline nie. ”

“Aku ada rujukan sikit. Nanti aku tunjukkan.”

Kisah ini ialah sebahagian dari kandungan ebook Timeline & Goal Setting A+. Jika berminat untuk menempah versi penuh, sila email ke info@total-success.net atau isi borang di bawah.

 

***************************************************

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mengisi My Legacy

Rancang esok, tahun depan atau 100 tahun dari sekarang? "Jadi aku kena isi yang mana satu?" Ahmad membalas, "boleh diisi

Close