Timeline & roadmap …

Dalam melaksanakan sesuatu projek, timeline atau roadmap untuk kejayaan perlu dibina. Kalau ia tidak dibina dengan baik dan kemas di peringkat awal, ia akan menyebabkan proses untuk mencapai kejayaan itu akan dirasakan amat penat dan jauh. Apabila setiap saat itu akan meletakkan diri rasa lebih dekat dengan kejayaan, kita akan rasa bahawa setiap jerih itu berbayar dan berharga.

Ketika saya melaksanakan projek latihan, saya mulakan dengan sketch di atas kertas. Saya cari titik-titik yang menemukan antara masa sekarang dan masa depan yang diharapkan berlaku. Ia bukan sekadar ‘apa yang perlu dibuat’, tetapi ia mencakupi bila, bagaimana, siapa dan mengapa.

Malah lebih dalam lagi, setiap langlah tersebut perlu dibayangkan tujuannya, ketepatannya dengan sumber yang ada, pelbagai perspektif individu yang melaksanakannya, adakah berdasarkan interest saya seorang atau orang lain, nilai dan hasil di setiap poin.

Jika saya dapat melaksanakan perkara ini, saya akan amat berpuas hati. Saya akan yakin dengan apa yang akan dilaksanakan. Berbincang dalam kumpulan tentang hal ini dengan penuh penyertaan akan menatijahkan shared vision yang jelas bagi melaksanakan perkara tersebut.

Ketika pelaksanaan, kita tahu ia akan berubah. Namun mengetahui tujuan dan mengira-ngira implikasi dari setiap tindakan itu akan menyebabkan kita tetap teguh dalam perancangan yang dibuat. Hanya perancangan tanpa asas kukuh akan mudah goyah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Saya berpada dengan yang sedikit…

"Kita berpada dengan yang sedikit ..." Itulah antara kata-kata dalam diri saya apabila ada peluang untuk mendapatkan projek lebih 30K

Close