penawar musim sejuk

Tatkala cuaca yang tidak menentu di bumi US sekarang ini,ramai dikalangan pelajar kita yang dijangkiti batuk, selesema dan demam, tidak terkecuali diri penulis. Dalam situasi begini, ubat demam dan panadol pasti menjadi sasaran utama untuk melegakan sakit yang dialami. Sebotol ubat berusaha dihabiskan, dan satu persatu panadol cuba ditelan,

Namun apa sebenarnya yang ada pada ubat demam dan panadol., adakah sekadar penyembuh penyakit? Bagaimana pula kita melihat kedua-dua bahan tersebuk dari aspek yang lain?

Ubat demam, biar sepahit hempedu atau sebesar saga, namun tetap ditelan jika difikirkan manfaatnya. Begitu juga diri kita sebagai seorang manusia.

Selalunya kita mengharapkan kata-kata yang manis dalam percakapan dan atau tatkala diberi teguran. Namun apabila menerima sesuatu yang diluar dugaan atau kadang-kala rasanya pahit sedikit untuk ditelan, lantas kita luahkan bulat-bulat. Segala yang ditegur disangkal dengan hujah yang ada. Orang yang memberi teguran itu pula yang dimarahi kembali. Mungkin ada benarnya yang menegur itu pun silap dari segi tatacaranya, tetapi dari perspektif yang lain, kita sebagai yang ditegur juga harus menelan rasa pahit dalam teguran tersebut, andainya perkara itu benar dan memberi kebaikan kepada kita.

Dari aspek yang lain, kita sebagai seorang dai’e. Jadilah seperti ubat demam tersebut, mempunyai manfaat sepanjang masa walaupun diketahui rasa masam pahitnya. Pendek kata, jadilah seorang manusia yang berguna kepada masyarakat, dalam apa jua aspek, sepanjang masa tidak mengira usia. Janganlah menjadi senior yang memberi alasan, “aku dah tua, tak sesuai buat perkara-perkara ni, bagi la orang muda-muda” atau “aku dulu time freshman, sophomore dah selalu datang program, biarla junior-junior pula yang pergi, pengisian same jer selalu”. Dan jangan pula menjadi seperti junior yang berkata “aku muda lagi, baik enjoy dulu. ada banyak masa lagi. nanti dah senior, barula join program – programni”.

Tidakkah kita tahu dengan menghadiri dan menjayakan program-program ilmiah itu merupakan sumbangan yang sangat besar pada diri dan orang lain. Kita mungkin berupaya menjadi ‘ubat’ buat rakan dan adik-adik yang perlukan ‘rawatan’.malah menyelamatkan orang yang kita sayangi dari penyakit kronik jangkitan virus duniawi. Sebenarnya, apabila masyarakat disekeliling kita ‘sihat’, kita sudah tidak perlu lagi khuatir akan adanya kemungkinan untuk diri dijangkiti. Sememangnya komitmen itu juga merupakan satu sumbangan yang dimana kita juga yang akan beroleh manfaatnya di akhir nanti.

Dan apa pula kaitannya dengan panadol?

Seperti yang semua tahu, panadol merupakan tablet meresap (soluble) dalam air. Dalam konteks kita seoran dai’e, persoalan yang perlu difikirkan adalah sejauh manakah kita mampu meresap dalam masyarakat di sekeliling kita?

Dan sejauh manakah kita dapat menukarkan substance masyarakat tersebut? Adakah mampu untuk kita berbuat seperti panadol, yang dapat menukarkan warna air dan menambahkan mineral kalsium, yang akhirnya memberikan manfaat kepada manusia ( Islam ) itu sendiri?

Atau kita hanya ibarat seketul batu yang tercampak di dalam air, tanpa mampu berbuat apa-apa, melihat sahaja tatkala air tersebut dicemari oleh unsur-unsur luar?

Jadi apa jawapannya? Sama-samalah kita renung dan fikirkan.

Sebaiknya kita jawab persoalan – persoalan ini di dunia ini, daripada kita disoal di hadapan-Nya kelak, dengan keadaan mulut kita dikunci & tangan serta kaki kita yang menjadi saksi, atas apa yang kita lakukan (Surah Yaasin : 65)

waalahua’lam

Facebook Comments:

8 thoughts on “penawar musim sejuk

  • February 15, 2009 at 11:21 am
    Permalink

    Seronok membaca artikel ni, banyak isinya. Nak tambah dan tanya sedikit. Ubat-ubatan seperti kapsul kadang-kala menggunakan gelatin, dan yang liquid pula menggunakan alkohol.

    Nak tanya sedikit pasal ubat yang mengandungi alkohol. Ada sesetengah orang mengatakan ubat itu halal kerana alkohol yang digunakan itu lain dari alkohol yang ada dalam arak.

    Ada sebarang komen?

    Reply
    • February 16, 2009 at 7:39 am
      Permalink

      saudara wan k kita ni mmg minat kepada hal2 berkaitan fiqh nampaknya..
      apa kata wan k buat research dan share kat sini..

      Reply
      • February 16, 2009 at 9:04 am
        Permalink

        hurm, minat memang minat, tapi [MALAS]…
        Tapi kalau isu menarik sesekali-sesekala buat research tak de hal lah. Pasal isu nih, tengok lah kalau rajin, ingat nak call doktor, nak tanya situasi sebenar.

        -kk-

        Reply
        • February 16, 2009 at 2:46 pm
          Permalink

          saudara wan k sudah pernah baca buku fiqh aqalliyat karya Sheikh Yusuf Al-Qardhawi? kalau belum, boleh baca di sini.

          Reply
          • February 16, 2009 at 7:43 pm
            Permalink

            kalau alcohol tue mmg xdibenarkan penggunaannya, susahla dunia hari ini (esp chemical industry). alcohol nie salah satu universal solvent. ia digunakan secara meluas dalam food processing sampailah drug delivery. pendek kata kita guna alcohol tiap2 hari tanpa disedari. oil producer hari ini pun dah campurkan alcohol dalam gas kenderaan. alcohol dalam dunia hari ini lebih mengikut istilah science iaitu organic compound yg ada group -OH. tapi persoalannya adakah alcohol dalam term kita hari ini semuanya memabukkan?

  • February 21, 2009 at 1:10 am
    Permalink

    Ana dah call doktor bertanyakan pasal alkohol itu. Katanya kebanyakan alkohol yang digunakan dalam ubat itu adalah lain dari alkohol arak. Benarkan kata bakal jurutera kimia kita @ Mr. Pres, alkohol ni banyak jenis. Tapi kenyataan yang dibuat adalh umum. Perlu di ingatkan, arak boleh buat ubat.

    Seeloknya kajilah dulu sebelum memasukkan sesuatu kedalam mulut, jangan main baham je.

    -kk-

    Reply
    • February 21, 2009 at 2:44 pm
      Permalink

      yupz. dari pembacaaan ana, alkohol dalam ubatan tak sama dengan alkohol dalam minuman arak. ada satu jenis alkohol yang halal digunakan iaitu alkohol Ethyl cuma boleh dalam nisbah yang sedikit.wallahua’lam

      Reply
  • March 1, 2009 at 9:26 am
    Permalink

    Ana ade dgr yg ubat2 camni die x bersihkan kita dari virus2 tu. It just relieves the sickness but still contain the viruses in our body.

    Maybe tukar panadol dengan habbatu sauda’..can cure everything except death. Dan rasanya works by discarding the sickness from our body. Hehe..saje je nk kaco idea penulis ni…

    One more, prevention is better than cure..Nabi pesan suruh jaga usus besar (apa yg kita makan). So instead of becoming cures, camne kita nk jadi a prevention factor? Hmm..how to play with this analogy..haha.just from another point of view =)…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Belajar Dari Asas

Assalamualaikum, InsyaAllah kali ini saya sekadar mahu berkongsi satu pengajaran yang diperolehi di dalam kelas MGMT411(satu kelas analisis pelaburan) beberapa

Close