Dimensi Umur & Pencapaian

Adakah umur menjadi faktor penting dalam membina kejayaan? Sebenarnya boleh atau tak boleh seseorang berjaya tidak banyak ditentukan faktor umurnya. Lebih dari itu kualiti dan disiplin adalah perkara utama yang perlu ada dalam mencapai wawasan. Dalam sejarah banyak individu yang telah menunujukkan kualiti kepimpinan yang tinggi dalam pelbagai dimensi umur.

  • Sultan Muhammad al-Fatih memimpin bala tenteranya menakluk Konstantinopel ketika baginda berumur 21 tahun.
  • Mark Zuckerberg dan 3 orang rakannya membina Facebook dibangku Harvard lagi.
  • Bill Gates, Michaell Dell, Oprah Winfrey, Steve Jobs antara yang membina kejayaan diusia muda.
  • Colonel Sanders membangun KFC selepas dia bersara daripada tentera.

Kualiti Dan Disiplin.

Tapi kita tak boleh bercakap tentang pencapaian dan kejayaan mereka tanpa melihat kepada kualiti yang ada dalam diri mereka. Kualiti kepimpinan, pengurusan masa dan tenaga, kebolehan menentukan keutamaan serta kualiti disiplin mengejar wawasan yang ingin dicapai.

Faktor kualiti terletak lebih atas dari faktor umur. Maknanya, tanpa mengira umur anda boleh berjaya. Dan juga gagal. Semuanya ditentukan oleh kualiti diri dan bukannya umur.

Cabaran terbesar dalam mengejar wawasan adalah disiplin untuk melaksanakannya. Menulis blueprint atau kertas statergi yang jelas belum menjamin kejayaan statergi itu.

Meletakkan kepercayaan yang misi akan tercapai, walaupun amat penting masih belum juga mencukupi. Wawasan biasanya tergendala ketika peringkat pelaksanaan.

Dan faktor malas, bertangguh akan menyerang tanpa mengira peringkat umur. Individu yang berjaya mengharunginya yang akan dipermudahkan urusan kejayaannya.

Bila Masanya?

Sekaranglah masanya. Samada anda 20, 30, 40, 50 tahun atau lebih muda dan lebih tua dari itu, umur yang anda anda sekarang tetap sesuai untuk anda mencapai kejayaan.

Yang penting adalah pelaksanaan matlamat dan wawasan yang anda gariskan. Kalau anda berdisiplin melaksanakannya, mudahlah matlamat anda tercapai. Tetapi jika anda berumur 20 tahun ingin menjadi jutawan pada 25 tahun tanpa disiplin yang betul, makin lambat wawasan anda bakal tercapai.

Pentingkan pekerjaan anda sekarang dan bukannya pada akhir hasilnya bila. Kerana hasilnya ditentukan Tuhan dan kita tak tahu apakah Tuhan akan memperkenankan matlamat kita itu di dunia.

Tetapi apa yang kita pasti adalah, setiap perilaku yang kita buat pada masa ini yang menjurus kearah kebaikan wawasan yang ingin dicapai, ianya akan dicatat sebagai ibadah.

Kita melaksanakan ibadah untuk mencapai taqwa. Apabila manusia bertaqwa, Allah akan memberinya dua kelebihan iaitu rezeki yang tidak disangka-sangka dan jalan keluar dalam setiap permasalahan.

Insya Allah kejayaan itu akan dicapai.

Cepat Atau Lambat, Suka Atau Tidak

Teknologi syukur akan membantu dalam melihat aspek dimensi umur dalam membina kejayaan. Walau apa hasilnya dan bila akan dicapai jika tidak menepati criteria yang kita tetapkan, kita perlu bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan.

Apabila berdoa, Allah pasti akan memakbulkan. Dan Allah sentiasa memberi yang lebih baik dari apa yang kita pinta.

Dan kita percaya tidak mungkin Allah akan memberi sesuatu yang kurang elok kepada Mukmin yang berusaha. Jika Allah boleh memberikan kekayaan kepada kaum kafir, Allah akan memberikan yang lebih baik kepada kaum Mukmin.

Allahu ‘alam

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Panic With You Life? Don't!

Worries if your success still not come out? Don't panic. Hold onto your  dreams and enjoy the slow and steady

Close