Teras Ulul Albab

Dalam program yang dikendalikan pada 1-4 Dis 2015, seramai sekitar 30 orang pensyarah dari Kolej Mara dan Kolej Profesional Mara bergabung untuk membina modul berteraskan konsep Ulul Albab.

Berikut ialah beberapa poin penting sebagai panduan dalam mewujudkan teras ulul albab di peringkat pendidikan.

  1. Ada 16 ayat ulul albab. Ia perlu dikaji dengan baik dengan menggunakan Tadabbur Tazakkur Tahap 1,3 dan 7.
  2. Dalam banyak-banyak ciri ini, ayat 35:29 menjadi teras proses untuk menemnukan samawi (langit) dengan ardhi (bumi) atau antara Pencipta dengan makhluk iaitu tadabbur dan tazakkur.
  3. Setiap ayat ada konsep, tool dan measurement tool yang perlu digarap oleh mereka yang ingin menguasai kemahiran ulul albab.
  4. Pensyarah perlu menguasai kemahiran ulul albab sebagai usaha untuk menjemput anugerah atau status ulul albab daripada Allah
  5. Pensyarah perlu memahami konsep ini agar ia dapat diterapkan kepada pelajar. Kalau pensyarah pun tidak faham konsep ini, apatah lagi pelajar yang menerima ilmu daripada pensyarah.
  6. Ulul albab mengaitkan dengan integration of knowledge. Tidak mungkin ia berlaku tanpa kembali kepada sumber ilmu yang bersifat integrasi.
  7. Ulul albab ialah content & context yang sudah diberikan panduan oleh Allah. Cari sahaja content (yang mempunyai aspek highest dan lowest domain) dan lebih luas ialah context penyampaiannya, ia akan menjadikan aplikasi ulul albab lebih praktikal dengan framework yang jelas bagi setiap ayat yang dibekalkan oleh Allah.
  8. Usaha untuk menjadikan seseorang itu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik adalah apa yang disarakan dalam jadual Tadabbur Tazakkur Level 1,3,7,33,101.

Allahu a’lam

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Apabila Manusia Tidak Menghargai

Apabila Manusia Tidak Menghargai   “Aku dah kerja lama. Bos tak hargai usaha saya.” “Kumpulan saya sudah lama dan memberi

Close