Bergembiralah!

Pagi ini saya meneliti semula hadith berkenaan dengan kejadian manusia (Susunan Imam Nawawi). Apabila dibaca word by word, saya terjumpa ayat ini;

 

Demikianlah apa yang tertulis baginya ketetapan bagi kehidupannya dalam dunia ini. Tetapi dia sendiri tidak mengetahui bagaimana tulisan (Lul Mahfuz) itu sebab pengetahuan mengenainya bukanlah urusan manusia. Urusan sebagai manusia adalah melaksanakan kewajiban dan bekerja menurut jalan dan sebabnya.

 

Wah, sangat besar maknanya!

 

Pernah juga para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang amalan di dunia; mereka bertanya; Wahai Rasulullah! Kalau begitu, maka apakah kami berserah sahaja kepada apa yang telah ditetapkan (di Lul Mahfuz) dan kami tinggalkan sahaja amal?

Rasulullah s.a.w. bersabda;

Beramalah kamu maka semuanya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dijadikan baginya….

 

Apakah maksud baginda?

Walaupun kita telah ditetapkan semua potensi yang ada, malah, kita juga telah ditetapkan samada syurga dan neraka; semuanya itu adalah berdasarkan kepada amal (action) yang telah kita lakukan. Jika tindakan (action) amal   kita itu buruk (kita tidak beramal/ melakukan kebaikan), maka jalannya memang sudah dipermudahkan untuk menghampiri kepada kebinasaan, manakala

jika manusia itu melaksanakan amal kebaikan (action), maka dia akan dipemudahkan jalan menuju kepada kebahgiaan. Namun yang demikian, apakah kebahgiaan itu? Kebahgiaan itu ialah sa'adah = ketenangan.

 

Maka kita harus bergembira di muka bumi ini dengan menyuburkan amal (action) yang banyak supaya dipermudahkan jalan menuju kepada ketenangan!!! 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
If you are getting older

Make this supplication..DUA: Rabbana atina fiddunya hasanatan wa fil akhirate hasanatan wa qina azaban nar. (Quran 2:201) TRANSLATION: Our Lord!...

Close