Jalan Sikit, Nikmat Banyak

Namun sebenarnya, dalam hidup ini, tidak semestinya jalan panjang itu akan menghasilkan pelbagai nikmat. Yang lebih utama untuk mendapatkan nikmat tersebut ialah apabila jalan yang dipilih itu benar dan sesuai dengan apa yang kita inginkan. Kalau kita inginkan peluang dan keuntungan perniagaan, anda mungkin perlu mencari maklumat manakah sumber orang yang mampu memberi bantuan kewangan atau projek yang melonjakkan untung anda. Mungkin jika anda ingin bertemu dan melaksanakan projek tersebut, ia khusus dan kekadang perit sedikit. Namun itu adalah jalan singkat untuk memastikan anda tidak perlu berjalan jauh dan tidak pasti untung yang akan dicapai.

 

Jalan Yang Bengkok Amat Jauh

 

Jika anda ingin ke KL dari Negeri Sembilan, anda boleh sahaja ke Kuantan kemudian ke Terengganu lantas ke Kelantan dan mengikut jalan dari Grik untuk turun ke KL. Namun yang pendek ialah terus sahaja dari Negeri Sembilan ke KL tanpa perlu mengikut jalan panjang. Yang penting anda perlu ada ilmu bagaimanakah caranya dari Negeri Sembilan ke KL. Untuk mengikut jalan yang jauh juga kekadang perlukan ilmu. Jalan yang bengkang-bengkok dan tidak straight to the point  lebih panjang yang sebenarnya tidak diperlukan.

 

Jalan Yang Lurus adalah Jalan Yang Pendek dan Sikit

 

Jika anda melalui jalan yang lurus, anda perlu berjalan pendek dan sedikit. Tidak perlu lama-lama tetapi apakah syaratnya? Anda perlu ada ilmu mengenainya dan dilaksanakan dengan yakin. Jika anda ada ilmu tetapi ragu-ragu melaksanakannya, ia akan menyebabkan perjalanan anda masih panjang. Jalan yang lurus ini ada dinyatakan dalam al-Quran:

“Tunjukkanlah aku jalan yang lurus.”

 

Muhammad Ghazali ada memberi komentar tentang ayat ini dalam bukunya[1] . Katanya: ‘jalan yang paling pendek ialah jalan yang lurus.”

 

Marilah kita membaca kaedah untuk melalui jalan kehidupan yang lurus kerana ianya tidak menuntut kita kerja banyak tetapi membazir serta tidak menjamin kebahagiaan dan keuntungan diri kita. Kerja sikit, untung banyak.


[1] Shaykh Muhammad Al-Ghazali (Author), A.A. Shamis (Translator); Publisher: IIIT (February 10, 2001)

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kalau beriman, tuntutan kita makin kurang untuk diri

Dalam satu artikel yang dikirim melalui email, ada satu desakan ASTRO menurunkan harga. Memanglah harga tidak wajar ditingkatkan dalam keadaan...

Close