Pendakwah Air Kacang Soya 25

Kata Nas ”Betul juga kata abang tentang stok tu. Kita kena plan betul-betul berapa banyak nak beli. Kebanyakan bahan mentah perlu disimpan dalam peti ais. Kalo tak, rosak nanti bahan tu. Peti ais kita pun bukannya besar sangat

Din dan Nas sama-sama memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan msalah stok tersebut sambil melayan beberapa pembeli yang datang ke gerai mereka.
Abang rasa ok kot. Abang jangkakan jualan kita mungkin akan meningkat dua kali ganda. Kita buat persiapan bahan mentah, dua kali ganda lebih banyak dari biasa. Kita juga kena sediakan lebih bekas untuk simpan bahan-bahan mentah macam daging burger dan sayur-sayuran ketika program” Kata Din
Saya setuju dengan abang, kita buat anggaran dua kali ganda. Lagi satu, saya ras kita kena masak awal dan bungkus siap-siap supaya pembeli tidak perlu menunggu lama. Mungkin kita perlu ada level tertentu” Nas menyambung dengan ideanya
level? Maksud Nas?Din bertanya penuih minat
Kata Nas ”Maksud saya, contohnya kita akan masak 20 biji burger dalam satu masa. Dan apabila bilangan burger tinggal 10 biji, kita akan mula masak baru untuk maintain jumlah 20 biji burger pada setiap masa. Ini untuk mengelakkan pembeli menunggu lama untuk order mereka. Bilangan 20 biji burger tu kita tetapkan sebab kalo masak terlalu banyak, mungkin burger yang akhir tu akan sejuk dan rasanya pun kurang sedap”
Betul juga, tinggal lama sangat pun tak elok juga. Lagipun, dengan cara ni, takdela penat sangat jika bilangan pembeli banyak pada satu masa” Din setuju dengan Nas
Sambil menunggu murid-murid sekolah tamat waktu persekolahan, Din dan Nas terus berbincang dengan lebih terperinci tentang rancangan kawalan stok mereka.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close