Pendakwah Air Kacang Soya 30

Kata Din ”Ok, sekarang ni kita bertiga. Kita ada beberapa tugasan. Memasak burger, membungkus burger, membancuh air, membungkus air dan juga urusan melayan pembeli.”

Banyaknya perkara nak kena buat bang. Sempat ke kita nak buat semua tu?” Kata Azmi
Tak perlu risau, kita akan bahagikan tugasan bersama. Selalu pun, abang dengan abang Din berdua sahaja yang berniaga. Hari ni, tambah lagi seorang, insya Allah lebih mudah” Kata Nas.
Nas dan Din memang sudah biasa berniaga dan sudah biasa berhadapan dengan pelanggan yang ramai. Jadi, mereka tidak begitu risau, cuma mereka merasakan perlunya pembahagian tugas yang baik untuk melicinkan urusan perniagaan mereka pada hari ini.
Kelihatan Din melakarkan sesuatu pada buku catatannya. Tugasan yang perlu dilaksanakan, diasingkan mengikut pemberat yang tertentu dan diagihkan sebaiknya antara mereka bertiga. Sekali sekala Nas mencelah memberi idea. Azmi hanya mendengar dan memerhati sambil cuba untuk belajar sesuatu.
Kata Din ”Ok, camni, abang dengan Azmi akan uruskan penjualan burger manakala Nas akan uruskan bahagian penjualan air. Abang masak burger dan Azmi bungkus serta kutip pembayaran. Setuju?”
Ok, setuju!” Kata Nas dan Azmi serentak

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close