Dunia sebagai perhiasan

Dalam ayat 7 Surah al-Kahf, Allah menyatakan

“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.” (18:7)

Apakah maksud perhiasan?

Menurut Hamka,

“Surah al-kahf mempunyai tema utama yang meghubungkan tema kecil: koreksi akidah, koreksi manhaj analisis dan berfikir dan koreksi segala norma dengan ukuran akidah”

Menurut Quraisy Syihab,

“Perlu digarisbawahi bahawa menjadikamn bumi indah bukan sahaja kepentingan pemuasan rasa manusia, tetapi juga sebagai pendorong aktivitinya serta merupakan salah satu yang dapat menghantar akal manusia meyakini wajud dan keesaan Allah.”

Indah itu bukan sekadar fizikal

Indah dalam komentar Quraisy Syihab bukan sekadar bab fizikal, namun mencakup bab intelek, emosi, sosial dan spiritual. Dengan keindahan ini akan menguji tahap penghargaan seseorang kepada al-Khaliq (Yang Maha Menciptakan) dengan penuh kesempurnaan.

Apa perlu buat untuk urus perhiasan ini?

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (18:28)

Ada beberapa poin dalam ayat di atas:

  1. Sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan pada pagi dan petang yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata
  2. Jangan palingkan pandanganmu dari mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia
  3. Jangan engkau mematuhi ornag yang lalai mengingati dan mematuhi pengajaran Quran serta ikut nafsu serta tingkah laku melampau kebenaran.

3 perkara di atas dikaitkan dengan perhiasan serta kesenangan di dunia semata-mata, tanpa meletakkan Allah sebagai matlamat.

Bagaimana pula kalau ada harta dan anak ?

Apakah peranan kita apabila diberi perhiasan indah ini yang bermula dengan fizikal seperti harta dan anak ?

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.” (18:46)

Dalam ayat di atas, Allah memberi panduan kepada kita apa-apa sahaja perkara fizikal perlu ditukarkan kepada amal soleh yang berkekalan. Hakikat perhiasan dunia ini akan hancur, namun apabila ia ditukarkan kepada amal soleh yang kekal, ia akan memberi ganjaran jangka masa panjang.

Gunakan harta untuk buat amal soleh.

Gunakan anak untuk buat amal soleh.

Agar dunia ini makin soleh. Islah.

Binalah sebanyak mungkin perhiasan di dunia, namun bukan untuk kesenangan di dunia semata-mata. Binalah untuk kesenangan di dunia dan akhirat.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mengapa mengkaji Ulul Albaab?

Siapa target program Ulul Albaab? Untuk pendidik! Mereka akan mengajar cara berfikir yang kemas kepada si anak murid dengan pendekatan

Close