Mengapa mengkaji Ulul Albaab?


Siapa target program Ulul Albaab?

Untuk pendidik!

Mereka akan mengajar cara berfikir yang kemas kepada si anak murid dengan pendekatan yang amat menarik agar si anak akan kembali kepada nilai daripada Quran.

Quran bukan kitab permusuhan tetapi kitaab atau perlembagaan menyusun balik dunia. Menunggu al-Mahdi di akhir zaman bukan sekadar menunggu susuk tubuhnya tetapi dengan persiapan Quran yang menjadi sumber hidayah. al-Mahdi ditunggu oleh orang yang sejahtera akal dan akidahnya.

****

Program ini nanti akan menjadi pencetus kepada aplikasi Ulul Albab di kelas. Satu sebagai approach sehingga anak murid itu akan menjadi ulul albaab.

Sebagai contoh, jika guru M3 ingin mengajar anak murid, hanya masukkan kod 1-16 dan akan ditrigger untuk melaksanakan approach Ulul Albaab berkenaan.

Dengan ini, pendidik akan mencapai dua matlamat ini:

  1. Akademik dicapai dengan baik – kerana ia disampaikan dengan ‘approach’ yang amat baik
  2. Sahsiah dan nilai dicapai kerana ‘approach’ yang digunakan oleh pendidik Ulul Albaab penuh dengan nilai yang dibawakan oleh Quran agar menghasilkan individu yang sejahtera akal dan hatinya.

Apakah kesan mengikut kursus 4 hari ini?

Short term – pendidik akan memahami 16 sifir dan bagaimana ia diintegrasikan dalam kelas atau pendidikan. Robot yang disiapkan akan membantu mereka untuk menghasilkan inovasi pendekatan apa yang mereka akan bawa dalam kelas. Tanda kejayaan ini: pendidik akan ditunggu oleh pelajar kerana pendidik pasti akan membawa kaedah baru dalam mendidik. Sebagai contoh: akan bawa games, aktiviti dsb. Pada peringkat awal program dan akhir program, EQI disemak.

Mid term – pendidik akan menghasilkan pelbagai idea baru bagi nilai-nilai pendekatan dalam 16 ayat Ulul Albaab. Mereka akan mencatat hasil dan pemerhatian mereka kepada pelajar berdasarkan rubrik yang disediakan. Pelajar akan Baca, Faham atau Amal apa yang ada dalam silibus berteraskan Quran. Setiap pelajar akan dapat EQI dalam subjek masing-masing

Long term – pelajar akan boleh memimpin rakan lain untuk membina study group dan kepimpinan di sekolah / universiti sebagai seorang Ulul Albaab – akan menghasilkan pelbagai inovasi jangka masa panjang dalam dunia sains fizik, biologi, perubatan, sastera, sosial, psikologi, ekonomi, pendidikan dan banyak lagi kerana mereka sudah ada kemampuan berfikir yang optimum.

Moga usaha ini diberkati dan mencapai sasaran.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Self-Regulated Learning & Life

Self-regulation is the controlling of a process or activity by the people or organizations that are involved in it rather than...

Close