Taksonomi Bloom, SOLO dan Ulul Albab

Artikel ini ditulis ketika program kedua membina modul Ulul Albab bersama pensyarah-pensyarah di Kuala Lumpur.

Antara pendekatan penting dalam program ini ialah Sifir 16 UA + Silibus = Modul.

Pilihan Proses dan Output – Tahap Makro

Berikut ialah beberapa persoalan yang berkaitan proses dan output

  1. Adakah Ulul Albab ini satu proses atau output?
  2. Jika proses, Ulul Albab adalah life long learning. Apa yang dipelajari sekarang ada kaitan dengan apa yang dipelajari akan datang. Kematangan pemikiran dan perasaan sedang dibina. Kelurusan pemikiran dan perasaan akan dibina tahap demi tahap – sesuai dengan keadaan semasa yang dinamik dan berubah kepada lebih mencabar. Seorang Ulul Albab akan terus tekun menuntut ilmu (ar-raasikhun)
  3. Jika output, seseorang akan mengharapkan Ulul Albab ini sebagai satu modul jangka masa pendek. Kaedah berfikir output ialah ‘kami akan menghasilkan pelajar ulul albab apabila belajar dalam kelas kami’.

Pilihan Pendekatan dan Silibus – Tahap Mikro

Adakah Ulul Albab sebaga satu pendekatan atau silibus?

Kalau ia digunakan sebagai silibus, ia diajar dalam satu subjek. Ia akan melibatkan elemen intelektual pelajar sahaja.

Apabila ia digunakan sebagai pendekatan, ia akan merentasi kurikulum- sepertimana ada taxonomy bloom atau SOLO. Ia akan melangkau dalam atau luar kelas. Ia boleh dilaksanakan di sekolah, universiti, rumah atau masyarakat kerana ia menitikberatkan pendidikan Ulul ALbab. Ada kata kerja tertentu dalam setiap ayat 16 Ulul Albab.

Apakah Sifir 16?

1 Hikmah Hukum
2 Persediaan Taqwa
3 Hikmah / practical knowledge
4 Sungguh-sungguh menuntut ilmu agar muhkamat
5 Zikir – fikir – zikir
6 Baik & Buruk
7 Ibrah kisah
8 Peringatan dari Quran
9 Quran membuktikan Keesaan
10 Tadabbur tazakkur
11 Mampu sabar dan ‘big picture’
12 Solat malam, rahmat dan ilmu
13 Dengar dan pilih terbaik
14 Fizikal dengan spiritual
15 Petunjuk dari langit
16 Neraka peringatan taqwa

Semoga dengan kefahaman ringkas ini akan menyediakan diri kita menjadi ulul albab di samping mewujudkan budaya ini dalam keluarga dan organisasi masyarakat.

P/S Artikel ini adalah sebahagian topik yang akan dibincangkan dalam Bengkel Ulul ALbab – MasterPIES

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mengapa perlu berinteraksi dengan al-Quran?

Kalau tidak berinteraksi dengan telefon bimbit, ia tidak memberi manfaat. Hidup siapa yang rugi? Kita. Kalau tidak berinteraksi dengan al-Quran,

Close