Maryam berkata: Alangkah baiknya mati


Nabi Zakaria terkenal dengan kebaikannya dan kesungguhan menyampaikan mesej tauhid. Nabi Zakaria tiada anak hingga usia lanjut. Amat sedih bagi seorang ayah tidak mempunyai anak. Seorang hamba ini, berdoa kepada Yang Esa mohon diberikan rezeki. Dikurniakan dengan Yahya.

Satu lagi peristiwa berlaku: kisah Maryam. Tidak memohon mendapat anak. Allah berikan anak – yang menjadi bualan sepanjang zaman – Nabi Isa! Apabila Allah mengizinkan sesuatu legasi itu berlaku, ia berlaku. Ia adalah rahmat dari Allah dan petanda kebesaran Allah kepada manusia. Namun apa kata Maryam? Alangkah baiknya mati….

Mengapa sedemikian ‘pelik’ perkataannya?

(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! (Surah Maryam 19:23)

Maryam tidak pernah buat perkara kotor

Maryam tidak pernah memohon seorang anak

Maryam ingin mendekatkan diri kepada Allah

Maryam diberi rahmat, akan menjadi legasi satu hari nanti , namun mahu dilupakan dan tidak mahu dikenang-kenang!

Oh beratnya apa yang dijalani oleh seorang insan solehah bernama Maryam.

Akan dikutuk, akan dihina

Seorang hamba yang sedang membina legasi hakikatnya ingin menambahkan amal soleh sampai ke syurga. Kebaikan akan dibuat sebanyak mungkin. Namun kesilapan tidak akan terhalang – lantaran status maksum atau terpelihara dari dosa itu memerlukan kesediaan yang amat tinggi. Maksum adalah pakej kehidupan yang amat mencabar seperti para Nabi. Manusia biasa tidak mampu.

Bagi si hamba itu, belajarlah erti kehambaan. Ketika berjaya, ramai menggelarkan dirinya khalifah atau pemimpin. Hakikatnya tetap seorang hamba – dipinjamkan harta, pangkat dan kelebihan. Inilah nasihat individu mukmin kepada si empunya kebun dalam Surah al-Kahf.

Kalau dipandang rendah atau hina kerana kesilapan sendiri, si hamba akan memohon ampun dan akan baiki. Bukan untuk sesali sepanjang hayat tanpa ada usaha untuk membaikinya. Yang melihat orang lain itu sebagai hina yang beroleh kemurkaan Allah dan Rasulnya. Pembina legasi tidak akan memanjangkan hukuman tanpa tali.

Antara Nabi Zakaria dan Maryam

Jika ingin rezeki untuk meneruskan legasi, mohon pada Allah, Allah boleh beri seperti mana Nabi Zakaria.

Jika ingin bina legasi sampai ke syurga, boleh jadi seperti Maryam. Perempuan suci meninggalkan nama sebagai legasi insan solehah dari daerah penuh duri ke akhirat yang abadi. Legasi itu boleh terbina tanpa diminta, namun Allah memilih jua sehingga boleh terkeluar ‘Alangkah baiknya aku mati…’

Ketika hadir ujian

Tanyakan soalan berikut:

Pernah buat sesuatu yang teruk dan kotor pada masa lepas?

Pernah mohon kejayaan dari Allah ?

Selalu munajat kepada Allah setiap hari?

Pernah rasa ingin dikenang-kenang?

Kalau Maryam diuji seberat itu, apakah yang melayakkan diri ini tidak diuji oleh Allah?

Legasi itu ditentukan oleh Allah jua

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Bagaimana untuk fokus apabila banyak projek

"Saya uruskan projek ini dan itu. Mula-mula rasa yakin boleh berjaya. Namun apabila sudah di tengah jalan, hilang semangat dan...

Close