Soalan, Doa dan Dengar Belajar


Apakah 3 tip yang amat penting untuk mendekati al-Quran terutama pada bulan Ramadhan?

Berdasarkan kepada teknik WER yang mengambil ibrah daripada Surah Yasin ayat 17:

Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata. (Surah Yasin 36:17)

Kaedah penyampaian para Rasul ialah menitikberatkan How & What.

Apakah 3  tip itu?

  1. Why – akan membawa kepada Soalan demi Soalan apabila berinteraksi dengan mana-mana ayat Quran. Ada 2 sudut soalan: 1. Dari sudut kefahaman ayat yang dibacakan 2. Soalan berkaitan masalah yang boleh diselesaikan oleh sesuatu ayat tersebut
  2. Easy – akan membawa kepada teknik Doa apabila berinteraksi dengan ayat Quran. Dalam kaedah Tadabbur Tazakkur, aspek Tazakkur akan melibatkan Peringatan, Penawar, Petunjuk dan Rahmat. Cara menjemput Rahmat ialah dengan selalu berdoa – sebagaimana tertera banyak dalam al-Quran. Sebagai contoh, Nabi Ibrahim sering berdoa dalam Surah al-Baqarah.

    Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah 2:128)

  3. Relevant – akan membawa kepada Dengar dan belajar daripada orang lain yang sudah mengkaji tentang sesuatu ayat. Ia memberi kesan yang besar seperti mana kaedah yang dimaklumkan dalam ayat berikut:

    Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya) atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya. (Surah Qaaf 50:37)

SDD akan memberi kesan hubungan dengan Quran

Soalan, Doa dan Dengar akan memberi kesan yang besar jika ia diamalkan. Moga Ramadhan dan selepas Ramadhan ini akan diberkati serta hubungan dengan al-Quran akan makin rapat dan manis.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Fokus SAYANG kita

You ignore the principle of focus, but it won't ignore you Begitulah hakikat kehidupan kita. Mengapa dalam satu syarikat akan...

Close