Mencari saat ‘pause’

Dalam al-Quran, ia dikaitkan dengan tafakur dan zikir. Dalam Bible juga dinyatakan teknologi ‘pause’ ini dengan istilah Selah – masa untuk berhenti sebentar dan berfikir. Perlukah ‘pause’ dalam kesibukan seharian ? Sudah tentu, kerana kesibukan tanpa ruang untuk melihat kembali apa yang sudah berlaku dan dikaitkan dengan nilai, akan menyebabkan seseorang itu mengalami ‘depression’ atau pelbagai penyakit emosi, intelektual dan fizikal.

Mencari makna dan matlamat

Objektif sesuatu perkara ialah makna. Makna ialah matlamat sesuatu perkara. Makna menerangkan fungsi dan pelbagai sudut sesuatu perkara dalam sistem.

Sebagai contoh, adanya perkataan ‘komputer’ kerana ia membawa makna

one that computesspecifically: a programmable usually electronic device that can store, retrieve, and process data

Komputer wujud dengan fungsi untuk mengira. Itu ialah matlamat sebuah komputer. Bagi individu manusia yang menggunakannya, ia bertujuan untuk melaksanakan fungsi perkataan ‘abd – yang menjadi hamba dan beribadah kepada Allah.

Makin seseorang itu dekat dengan status ‘hamba’, maka seseorang itu perlu mencari makna dan ‘pause’. Berapa kali anda ‘pause’ hari ini? ‘Pause’ itu mencari makna dan matlamat sebenar. Jika matlamat yang dipilih tidak berasaskan kepada spiritual, akan ada kerancuan dan konflik yang berlaku.

Sistem yang telah disediakan untuk ‘pause’

Allah menyediakan sistem untuk ‘pause’. Solat, zikir, bacaan al-Quran dan semua ibadah dalam kehidupan adalah ruang untuk ‘pause’. Ia bergantung kepada sejauh mana kita sedar. Jika kita sedar lebih laju dan besar, ia akan menyebabkan semua perkara yang kita laksanakan adalah ‘pause’ yang menyamankan.

Ketika menaip, boleh ‘pause’ dengan meletakkan harapan apa yang ditaip akan bermanfaat kepada manusia.

Ketika makan, boleh ‘pause’ dengan doa sebelumnya dan mengunyah dengan syukur.

Ketika berjalan, boleh ‘pause’ dengan meletakkan harapan dimudahkan oleh Allah.

Ketika bercakap, boleh ‘pause’ dengan bercakap mengikut kaedah dan isi yang dibenarkan oleh Pencipta.

Ada solat yang tidak pause

Dan jangan terkejut kalau ada solat yang tidak membawa ‘pause’ malah satu aktiviti yang menyeksakan. Golongan manakah yang merasai sedemikian ? Salah satunya yang solat dengan rasa malas:

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan dengan malas. (4:142)

Apa yang terjadi ketika solat dengan malas? Fizikal tidak tenang, fikiran bercelaru memikirkan kepentingan diri, emosi jadi tidak keruan kerana rasa diperhati oleh manusia lain dan yang pastinya meletakkan Allah tidak pada tempatnya ketika solat.


Masa untuk mencari titik ‘pause’  yang lebih kerap. Jika banyak masa senggang dilaksanakan ‘pause’, diri akan mudah ‘pause’ ketika berada dalam saat kritikal. Waktu itu, Allah yang memberi bantuan ‘pause’ atau ketenangan tersebut, bukan diusahakan secara langsung oleh manusia lagi.

 

One thought on “Mencari saat ‘pause’

  • July 28, 2011 at 3:27 pm
    Permalink

    Betul tu tuan, saya selalu praktik kaedah ini tanpa mengetahui perjelasan di atas, tapi hasilnya memang banyak membantu saya dalam menguruskan organisasi dan keluarga..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Koleksi Twitter for 2011-07-24

selesai di Ledang dan UPM, insha-allah besok ke UM #

Close