Perancangan Strategik untuk ke Syurga

“Awak buat apa ?”

“Bisnes”

“Tentu berjaya kan ?”

“Alhamdulillah untuk Quarter ke 2. Quarter ke 3 ini sedang mengejar KPI.”

“Bagaimana bisnes bersama Pencipta ?”

“Hmmmm”

Hakikat Perancangan

Untuk bisnes di dunia atau menguruskan organisasi masing-masing, ada perancangan yang perlu dibuat.  Gerry Johnson dan Kevan Scholes menyatakan dalam bukunya “Exploring Corporate Strategy” bahawa strategi akan menentukan hala tuju dan skop sesuatu organisasi bagi satu tempoh panjang dengan menentukan bagaimana sesuatu sumber perlu diadun untuk memenuhi permintaan pasaran dan individu terlibat dengan organisasi tersebut.

 

Ada 3 jenis perancangan dalam dunia bisnes:

  • Perancangan korporat
  • Perancangan unit
  • Perancangan pasukan

 

3 jenis Perancangan 

 

Pelbagai tahap perancangan di atas mempunyai kepentingan tersendiri.

Perancangan korporat atau makro sering melihat persoalan “bagaimana kita mampu mensinergikan pelbagai unit yang ada untuk membawa hasil besar berbanding hanya unit-unit yang berasingan.” Jika diandaikan sebuah organisasi atau entiti korporat seperti sebuah kereta, perancangan korporat memastikan bahawa gabungan steering, tayar, enjin dan pelbagai komponen lain mampu untuk membina sebuah kenderaan yang memindahkan manusia daripada satu lokasi ke lokasi yang lain. Apa jadi kalau unit-unit ini kerja berasingan ? Tayar mungkin hanya mampu bergolek atau menjadi pelampung sahaja tanpa mampu memindahkan manusia dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

 

Perancangan unit bisnes mementingkan elemen unit masing-masing untuk bertindak efisien menyelesaikan tugas atau menang dalam pasaran. Sebagai sebiji tayar pada sebuah organisasi kereta, tayar tersebut perlu bertindak efisien dan mampu melaksanakan tugas dengan baik.

 

Unit bisnes yang dimaksudkan dalam sesuatu entiti korporat ialah pelbagai kumpulan kecil yang menjalankan tugas memasarkan sesuatu. Unit pemasaran mampu berkongsi mesej dengan pasaran. Unit pengurusan projek mampu melaksanakan projek bersama pelanggan dengan baik. Unit latihan mampu memberikan latihan yang terbaik. Semua unit ini hadir dari satu entiti korporat atau bisnes yang satu – yang mempunyai hala tuju yang jelas dengan misi, visi dan nilai.

 

Perancangan pasukan  pula mengambil kira apakah tugas dan peranan setiap individu dalam menjayakan misi unit dan organisasi korporat. Jika ia tidak disusun dengan baik dan diletakkan dalam sistem yang kemas, setiap sumber dalam pasukan akan berkonflik pada banyak keadaan. Cuba bayangkan kalau getah sintetik dan original tidak bersetuju antara satu sama lain dalam membina sebuah tayar? Sudah pasti sebuah unit tayar yang baik tidak dapat dihasilkan. Hal ini memerlukan sistem yang kemas dengan teknik yang difahami oleh semua ahli pasukan.

 

Jika anda ingin ke syurga, perlukah perancangan?

 

Dari Johor Baharu ke Singapura pun memerlukan perancangan, apatah lagi untuk ke satu negeri abadi yang amat besar dan indah . Individu yang memandang rendah Singapura akan menyatakan – tidak perlu buat persiapan. Begitu juga kalau individu yang memandang rendah nilai syurga tersebut.

 

Untuk ke syurga, perancangan organisasi sesama insan di sekeling kita, perancangan unit dan perancangan pasukan kecil samada di peringkat keluarga atau qaryah masing-masing amat diperlukan. Jika tidak, usaha untuk ke syurga akan berantakan di dunia ini lagi. Ini boleh terjadi jika perancangan tidak dipandang penting atau dilaksanakan dengan serius.

 

Apa akan jadi kalau perancangan ke syurga di pandang enteng atau sebelah mata sahaja?

 

******

Datang seorang pegawai kastam kepada Ghulam, rakyat Bangladesh di Johor Baharu.

 

“Mana passport?”

 

Ghulam mencari-cari passport dalam beg galasnya. Wajah sudah kemerah-merahan kerana masih tidak berjumpa dengan ‘buku hikmat’ tersebut.

 

Ghulam geleng kepala. Masih mencari-cari. Dia rasa agak pasti bahawa passport sudah dimasukkan dalam kegocohannya ke lapangan terbang tadi. Kecewa mula terpacul kerana beliau tidak merancang baik untuk ke Singapura sebelum mengambil kapal terbang ke Abu Dhabi.

 

“Awak tak semak ke sebelum mahu ke Singapura?  Awak yakin awak ada passport?“

 

Ghulam tidak menjawab. Tiba-tiba beliau tersentuh sesuatu, lalu dikeluarkannya objek terbut. Passport! Senyum bersinar di wajah. Dihulurkan passportnya yang lunyai.

 

“Ok, bagus,” kata si pegawai. Namun ia tidak lama. Berkerut dahinya, sambil berujar.

 

“Awak sudah tidak boleh duduk di Malaysia. Passport pun sudah mati , tidak boleh masuk Singapura. Saya perlu hantar anda ke lokap sebelum dihantar balik ke Bangladesh. Anda pendatang haram sekarang.”

 

Ghulam sedih dan sugul. Tidak pernah beliau digelar pendatang haram – kerana beliau dipandang tinggi di negara asal beliau. Namun apakan daya. Inilah penangan kerana tidak merancang dan membuat persediaan.

 

****************

Moga kita tidak menjadi pendatang haram ke syurga kerana tidak bersedia dan merancang dari sekarang. Passport kita ialah hati yang sejahtera.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Koleksi Twitter for 2011-07-10

jika motivasi boleh naik turun, begitu juga dengan orang lain. sistem motivasi dan peringatan amat diperlukan untuk menangani perkara ini

Close