‘Tools’ tidak boleh ditunggang-langgang

Penukul ialah satu ‘tool’ atau alat untuk mengetuk paku selain fungsi lain. Tangga ialah satu ‘tool’ untuk memanjat dinding. ‘Tools’ bukan sahaja pada aspek fizikal, tetapi juga pada aspek intelek, emosi dan spiritual. Apakah tools yang sering anda gunakan ? Makin banyak, makin efisien hidup anda.

Antara contoh tools yang saya guna untuk aspek intelek: 10 prinsip pemikiran sistemik, usul fiqh, qawaid fiqhiyyah, PIES dan banyak lagi. Ia tool yang besar. Ada juga tool yang kecil yang menjadi komponen tool yang besar.

Antara contoh tools yang saya guna aspek emosi: CASIC.

Antara contoh tools yang saya guna aspek spiritual: zikir, solat, doa dan banyak lagi yang Allah berikan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Setiap ‘tool’ perlu diguna bagi mencapai fungsi atau tujuan

Setiap tool perlu diguna. Ia melibatkan proses. Ia bukan tujuan utama. Tujuan tools spiritual ialah untuk mengingat Allah – fungsi utama sebagai hamba dan khalifah.

Kalau ada tool tetapi ia tidak digunakan, berikut ialah antara kesannya:

  • Kemahiran menggunakan ‘tool’ itu berkarat
  • Tool rosak dan perlu dibaiki kembali
  • Hidup akan menjadi tidak efisien

Kepentingan tool

Tools amat penting dan mempunyai ciri tertentu:

  • Tools adalah hasil gabungan komponen-komponen. Ia tidak boleh dipisahkan atau ditunggang-langgangkan.
  • Tools mempunya hujung dan akhir. Susunan amat dititikberatkan dalam tool kerana jika tidak, ia tidak akan memberi manfaat atau mencapai fungsi yang sebenarnya.
  • Kalau sesuatu perkara nampak ada ‘pattern’, maka cepat-cepat cari patent. Ia kemungkina akan menjadi tool yang amat berharga.

Semoga kita akan mampu hadir mewujudkan lebih banyak tool untuk memudahkan urusan kehidupan. Sekali lagi perlu diingatkan, tool bukan tujuan tetapi hanyalah proses. Banyak tool boleh mencapai tujuan yang sama. Tetapi jangan dikumpulkan sahaja tools tersebut atau yang paling teruk: menggunakan tool yang ada untuk keburukan dan merosakkan alam. Nauzubillah!

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mengapa ‘coach’ menjerit di luar padang?

Terengganu baru menumpaskan Kelantan. Barcelona mengalahkan Manchester United. Dalam kemenangan yang diraikan, kita memerhatikan seorang insan yang penting sambil terloncat-loncat

Close