Rindu pada Syeikh Yusuf Estes

Saya rindu pada Syeikh Yusuf Estes selepas menonton satu klip. Saya rindu menggamit pengalaman duduk bersama dengan beliau sambil beliau memahami laptopnya di Purdue University tahun 2001. Saya tinggal di Islamic Center of Greater Lafayette.

Waktu itu, beliau hadir sebagai jemputan Muslim Student Association. Beliau tidur di bilik tetamu di masjid. Saya tinggal di situ bersama rakan-rakan lain dari Arab Saudi, Bangladesh, Pakistan dan US.

Tidak besar apa yang saya bantu beliau. Sekadar mengajar bagaimana membuat rakaman audio menggunakan laptop beliau.

Beliau seorang yang tegas dalam kasih sayang. Pelukannya amat penuh dengan kasih sayang. Yang saya rindukan senyumannya. Lawak dalam tangisnya ketika menyampaikan kisah ahli keluarga beliau yang tidak membeli air conditioner di Texas semata-mata untuk menyimpan duit bagi merakam kaset dan video sebagai bahan perkongsian tentang Islam. Kalau panas sangat, beliau membawa anak isterinya ke supermarket berhampiran untuk mendapat udara sejuk. Di bumi Texas yang amat panas.

Apabila memerhati video ini, saya mengharapkan sesuatu. Saat bersama beberapa hari dengan beliau di tingkat dua Islamic Center of Greater Lafayette akan menjadi suntikan semangat. Suntikan agar diri ini tidak kelam dengan kesungguhan berkongsi ilmu dan cahaya yang ada.

Masih terngiang-ngiang beliau menyeru dalam khutbahnya: “who will be in Fajr tomorrow?” Khutbah Jumaat interaktif – ramai yang mengangkat tangan. Besoknya, masjid waktu Subuh seperti Teraweh di bulan Ramadhan.

Moga beliau dicucuri rahmat. Dicucuri hidayah sentiasa. Berkongsi untuk dunia.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Momentum spiritual lagi ganas

Apabila sudah lama tidak berjogging, jogging pada hanya 10 minit sudah menyesakkan dada. Baru-baru ini, selepas jogging 10 minit yang

Close