Momentum spiritual lagi ganas

Apabila sudah lama tidak berjogging, jogging pada hanya 10 minit sudah menyesakkan dada. Baru-baru ini, selepas jogging 10 minit yang agak laju tersebut, kepala saya agak pening. Hampir ingin termuntah. Saya bimbang tetapi saya biarkan sahaja. Inilah kesan kalau sudah lama tidak bersenaman. Ini baru kesan pada fizikal yang sudah lama tidak diberi latihan. Tubuh fizikal memberi kesan inertia.

Sudah tentu inertia intelek juga hebat kalau ia tidak dilatih dan diasak. Inertia emosi yang mungkin senang dan gembira dengan apa yang ada di sekeliling juga akan mendatangkan bahaya kerana ia tidak diasak dengan kepayahan dan kesulitan. Inertia spiritual ? Ia berlaku apabila dirasakan spiritual ini tidak perlu diasak dan diuji. Kesannya kalau mana-mana potensi ini diasak, ia akan menyebabkan kita mungkin ‘termuntah’ dan ‘pening’ dengan ujian yang melanda.

Selepas senaman tersebut, saya makin segar. Saya ingin kembali kepada rutin jogging dahulu kala. Pernah mendapat tempat top 3  dalam larian merentas desa dahulu di sekolah menengah yang semuanya lelaki. Saya kekal bersenaman di universiti. Cuma selepas berkeluarga, agak jarang. Ia tidak seharusnya berlaku. Saya perlu bertaubat. Saya yakin saya berdosa tidak menjaga senamanan sehingga ‘karat’ ini menyebabkan saya ingin ‘muntah’.

Karat intelek juga perlu diubati. Karat emosi perlu dikilatkan. Karat spiritual dengan dosa yang banyak perlu digilapkan.

“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Ya Allah, mudahkanlah untuk kami semua!

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Konsep untuk diri, konsep untuk orang lain

Ada 3 kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pemimpin, menurut kajian R.L. Katz dalam Harvard Business Review tahun 1974: kemahiran konsep, kemahiran

Close