Ujian litmus CSR

“Kami ada duit banyak yang akan kena tax. Kami ingin laburkan untuk dapat tax exemption.”

“Kami buat program amal ini untuk kebaikan ummah,” sambil bergambar dan dipastikan masuk suratkhabar.

Inilah CSR (corporate social responsibility) yang dilaksanakan banyak ahli korporat. Ia adalah praktis biasa dalam bisnes. Namun ada wujud pertanyaan pada kebaikan yang sedang dibuat: benarkah ia hadir dari rasa tanggungjawab yang benar atau ‘telunjuk lurus kelingkingnya berkait’?

Kepentingan Niat Benar dalam CSR

Niat amat penting dalam kehidupan.

Dari Umar bin Khattab r.a. katanya : “Rasulullah s.a.w. bersabda : “Amal itu hanya dengan niat, Setiap orang hanya memperoleh menurut apa yang diniatkan. Sesiapa yang ada niat hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya memperoleh (pahala hijran) kerana Allah dan RasulNya Dan barang siapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak
dicapainya atau wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnya (mendapat balasan) menurut tujuan hijrahnya”.
(Hadis sahih riwayat Muslim)

CSR yang dipraktikkan dalam dunia korporat mempunyai beberapa tujuan. Ia nampak baik, tetapi ia tidak cukup dengan ‘nampak baik’. Ia perlu disekalikan dengan niat yang benar. Inilah yang membezakan CSR untuk Allah atau CSR untuk ‘menaikkan nama korporat’.

Ujian litmus CSR 

Jika mana-mana individu atau organisasi yang ingin melaksanakan CSR, ada beberapa soalan sebagai ujian litmus jika ia dilaksanakan dengan tujuan benar kepada Allah atau ia disulam dengan agenda diri dan organisasi.

  1. Jika CSR ini tidak mendapat tax exemption, adakah ia dilaksanakan?
  2. Jika CSR ini tidak menaikkan kredibiliti anda dalam dunia profesional, adakah ia diteruskan?
  3. Jika CSR ini tidak mendatangkan nama baik yang tersebar di surat khabar, adakah ia diteruskan?
  4. Jika CSR ini tidak menaikkan ROI syarikat, adakah ia diteruskan?

Soalan ringkas ini boleh diajukan dengan contoh lebih spesifik untuk menentukan apakah perkara baik CSR ini memang mengutamakan Allah sebagai tujuan – atau ia disekalikan dengan tujuan keuntungan, nama dan ROI. Apabila ia diletakkan sama tara, balasannya hanya di dunia – khuatir ia tidak sampai ke syurga.

Allahu a’lam

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Menulis tajuk apa?

Sejak kebelakangan ini saya jarang untuk mengemaskini status FB atau menulis. Namun idea amat banyak - dirasakan perlu untuk membantu

Close