9 ayat dengan idfa’

 Dalam al-Quran ada 9 ayat dengan menggunakan perkataan dafa’a

Surah an-Nisa

وَابْتَلُوا الْيَتَامَى حَتَّى إِذَا بَلَغُوا النِّكَاحَ فَإِنْ آنَسْتُمْ مِنْهُمْ رُشْدًا فَادْفَعُوا إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ وَلا تَأْكُلُوهَا إِسْرَافًا وَبِدَارًا أَنْ يَكْبَرُوا وَمَنْ كَانَ غَنِيًّا فَلْيَسْتَعْفِفْ وَمَنْ كَانَ فَقِيرًا فَلْيَأْكُلْ بِالْمَعْرُوفِ فَإِذَا دَفَعْتُمْ إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ فَأَشْهِدُوا عَلَيْهِمْ وَكَفَى بِاللَّهِ حَسِيبًا (٦)

6. dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda Yang menunjukkan Bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara Yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) Yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari memakannya); dan sesiapa Yang miskin maka bolehlah ia memakannya Dengan cara Yang sepatutnya. kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan Segala Yang kamu lakukan).

Surah  al-Mukminoon

ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ السَّيِّئَةَ نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَصِفُونَ (٩٦)

96. Tolaklah kejahatan Yang dilakukan kepadamu Dengan cara Yang sebaik-baiknya, Kami Maha mengetahui apa Yang mereka katakan itu.

 Surah Fusilat

وَلا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ (٣٤)

34. dan tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan Yang baik dan perbuatan Yang jahat. Tolaklah (kejahatan Yang ditujukan kepadamu) Dengan cara Yang lebih baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang Yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, Dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

 

 Surah Ali Imran

وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ نَافَقُوا وَقِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا قَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوِ ادْفَعُوا قَالُوا لَوْ نَعْلَمُ قِتَالا لاتَّبَعْنَاكُمْ هُمْ لِلْكُفْرِ يَوْمَئِذٍ أَقْرَبُ مِنْهُمْ لِلإيمَانِ يَقُولُونَ بِأَفْواهِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يَكْتُمُونَ (١٦٧)

167. dan juga Dengan tujuan ia hendak melahirkan Dengan nyata akan dikatakan kepada mereka: “Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)”. mereka menjawab: “Kalaulah Kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah Kami mengikut kamu (turut berperang)”. mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada iman. mereka selalu menyebut Dengan mulutnya apa Yang tidak ada Dalam hatinya. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan apa Yang mereka sembunyikan.

 

 Surah al-Hajj

إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ (٣٨)

38. Sesungguhnya Allah membela orang-orang Yang beriman; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang Yang khianat, lagi tidak bersyukur.

 

 Surah al-Baqarah 

فَهَزَمُوهُمْ بِإِذْنِ اللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُدُ جَالُوتَ وَآتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمَّا يَشَاءُ وَلَوْلا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الأرْضُ وَلَكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ (٢٥١)

251. oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut Dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta Dalam tentera Talut) membunuh Jalut. dan (Sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) Kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa Yang dikehendakiNya. dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) Dengan setengahnya Yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

 

 Surah al-Hajj

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ (٤٠)

40. Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan Segala nikmat Yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu Dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu Yang lain).

 

 Surah al-Maarij 

لِلْكَافِرينَ لَيْسَ لَهُ دَافِعٌ (٢)

2. azab Yang disediakan untuk orang-orang Yang kafir, Yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya –

 

 Surah at-Tuur

وَالسَّقْفِ الْمَرْفُوعِ (٥)وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ (٦)إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ (٧)مَا لَهُ مِنْ دَافِعٍ (٨)

5. dan Demi bumbung Yang tinggi;

6. dan Demi laut Yang penuh tepu (dengan kepanasan); –

7. Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; –

8. tidak ada sesiapapun Yang dapat menolaknya; –

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Apa kata ‘mereka’ pasal mengundi

Dengan memahami kaedah PIES, kita mampu memahami apakah yang menyebabkan diri kita atau orang lain bersedia untuk mengundi pihak yang

Close