Pendakwah Air Kacang Soya 23

Nas, hari ni jom kita pergi mandi sungai dengan kawan-kawan. Hari ni kita enjoy sepuas-puasnya. Kita ajak Man, Azmi dan Lokman”
Nas yang sudah lama tidak ke sungai, berasa seronok dengan cadangan Din ”Elok sangat tu. Saya pun dah lama tak mandi sungai. Biar saya panggil mereka join kita sekali”
Man, Azmi dan Lokman merupakan junior mereka ketika di sekolah menengah dahulu. Mereka berlima memang bersahabat baik. Din dan Nas memang sudah lama tidak berjumpa dengan mereka setelah tamat belajar. Cadangan Din sekurang-kurangnya membolehkan mereka berlima berjumpa semula.
Pada hari itu, Din, Nas dan rakan-rakan mereka mandi dengan sepuas-puasnya. Jelas sekali Nas sudah kembali ceria seperti sediakala. Melihat suasana ini, Din berasa lega. Din bersyukur strateginya memberi ganjaran kepada diri mereka berjaya memulihkan kembali semangat Nas. Din sedar kadangkala badan yang penat kadangkala harus diberi ganjaran setelah penat bekerja.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close