Bagaimana syaitan dirantai?

Dalam tazkirah taraweh malam pertama Ramadhan, hadis yang dibacakan ialah:

“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Ada perspektif baru dalam saya mendengar tazkirah kali ini.

Perumpamaan yang diberikan dalam memahami hadis ini ialah seperti kaunter di bank. Jika pada hari Isnin atau Selasa tak ramai pelanggan, tidak banyak kaunter dibuka. Namun jika hari Jumaat ramai pelanggan, maka akan banyak kaunter dibuka.

Kalau banyak ‘customer’ nak masuk syurga, syurga akan ‘buka’ kerana syurga hanya bagi individu yang beramal baik. Pada bulan Ramadhan, kerana banyak amal baik dibuat, ia akan menyebabkan pintu syurga dibuka. Bukan secara automatik tetapi setelah ada amal baik. Ia tidak dibuka kepada semua orang.

Apabila kaunter hanya dibuka satu sahaja kerana tidak ada customer, lambat laun pekerja bank akan dikurangkan. Kalau tak ramai nak buat jahat, syaitan dirantai atau tidak, ia akan memberi manfaat kepada orang yang mengejar syurga ALlah. Namun kalau kejahatan tetap ingin dibuat kerana gejolak nafsu yang kuat, syaitan dirantai tidak akan menjadi ‘khabar gembira’. Malah neraka tetap akan dibuka kepada individu yang sedemikian.

Moga kita menjadi individu yang sentiasa minta ‘kaunter syurga’ dibuka dengan amal taqwa di bulan Ramadhan. Ameen ya Allah!

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Twitter Weekly Updates for 2009-08-16

@wan_khalil wan, dah ready balik US? in reply to wan_khalil # mengkaji 'wa' dalam quran http://www.masterpies.com/course/archives/1052 #

Close