Kerangka berfikir – satu keperluan

Sejak beberapa minggu ini, banyak pengalaman yang saya rasai bercampur dengan pelbagai kategori manusia. Dari sekaya-kaya manusia, sebanyak-banyak PhD, sebesar-besar jawatan dan sehebat-hebat dunia spiritualnya. Ada perkara asas yang menjadi latar kepada kejayaan dan kegagalan mereka. Mereka yang hebat mempunyai kerangka berfikir yang baik.

Saya menyemak kepada kumpulan berikut:

  • Penerima asnaf di kalangan pelajar universiti
  • Pegawai-pegawai Zakat yang menguruskan harta zakat
  • Fenomena ‘serunding 30 juzuk al-Quran’
  • Realiti pendidikan dunia vs akhirat
  • Kefahaman jutawan vs syurgawan
  • Anak-anak yatim
  • Pegawai-pegawai kerajaan
  • Pemimpin kerajaan
  • CEO syarikat
  • Penggerak seni

Semua kumpulan di atas mempunyai potensi yang amat besar. Di antara satu sama lain amat memerlukan kerjasama untuk terus menempa kejayaan.

Cuma ‘bahasa’ mereka perlu diselaraskan.

Bahasa ‘akhirat’

Bahasa akhirat itu bukan bahasa Arab sahaja. Itu bahasa secara intelektual.  Bahasa ‘akhirat’ ini ialah kerangka berfikir yang meletakkan akhirat atau spiritual sebagai landasan besar untuk berinteraksi dan menempa kejayaan di dunia mahupun akhirat.

Apabila ada perkara ini, ia akan memberi manfaat besar kepada semua. Satu ummat.

Potensi-Tabiat-Legasi

Maka apabila halatuju ke akhirat itu amat penting, perbincangan boleh dipecahkan kepada tiga item berikut:

  • Potensi – amat penting bagi setiap manusia sedar tentang potensi yang ada pada diri mereka. Dinamik antara fizikal, intelek, emosi dan spiritual amat  perlu diberi perhatian. Jika ia difahami dengan baik, ia akan menampakkan warna pelangi dalam diri. 
  • Legasi – setelah memahami apakah potensi, ia perlu dibawa kepada kejayaan akan datang. Mengetahui kini tanpa masa depan adalah rugi. Mengetahui masa depan tanpa tahu masa kini ialah angan-angan. Kejayaan itu perlu bersifat jangka masa panjang – legasi.
  • Tabiat – Setelah potensi dan legasi mampu difahami, apakah cara untuk menaiktaraf potensi menjadi kejayaan? Amalan dan tabiat harian perlu dialurkan kepada sisi kejayaan. Memahami bagaimana tabiat kita bertindak, bagaimana kita mampu untuk mengawal sisi positif dan negatif dalam kehidupan dan pelbagai perkara menarik perlu difahami. Jika tidak, seseorang akan mudah putus asa dalam kehidupan dalam menuju kejayaan dan membina legasi.

Keperluan ini amat mendesak kerana ia melibatkan proses individu untuk berinteraksi dengan kehidupannya secara personal. Meletakkan ‘kotak-kotak’ dalam berfikir amat penting untuk memastikan tidak semua perkara diletakkan dalam satu kotak. Ia akan menyesakkan dan sukar dikeluarkan balik pada masa diperlukan.

Selepas itu?

Sepanjang dan selepas memahami Potensi- Tabiat – Legasi ini, banyak program susulan dengan kerangka yang sama perlu dibanyakkan dalam bentuk seminar dan projek pelaksanaan. Ini akan melonjakkan taraf kehidupan menuju ke akhirat.

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Antara menerima dan memberi

Ramadhan hampir tiba. Bulan memberi - hingga dikatakan Nabi seperti hembusan angin. Menyejukkan dan mengena kepada sesiapa sahaja atas pemberian

Close