Antara keperluan dan tujuan

Ketika berborak-borak dengan rakan saya, tuan Ariff, beliau menyatakan tentang idea ‘keperluan’ dan ‘tujuan’. Manakah yang perlu diberi perhatian ? Keperluan atau tujuan ? Biasanya orang melihat keperluan ini lebih penting. Namun apa beza orang yang ingin berjaya dan orang yang sekadar memenuhi keperluan personal sahaja?

Iyyaka na’budu waiyyaka nasta’een

Dalam ayat surah al-Fatihah di atas, kita jelaskan tujuan kita dahulu, barulah dimohon untuk mendapatkan keperluan. Apa beza antara mohon keperluan atau dijelaskan tujuan dahulu ?

Makin besar tujuan, makin jelas keperluan

Makin besar keperluan, makin perlu memohon Tuhan

Makin perlukan pertolongan Tuhan, makin perlu sedar potensi diri untuk ditolong

Yang tidak kenal potensi akan rasa tidak perlu ditolong Tuhan

Yang tidak minta tolong dari Tuhan hanya dapat mencapai tujuan di dunia ini sahaja kerana yang menolongnya adalah makhluk sahaja – pada hakikatnya Tuhan juga.

Makin kenal potensi makin kenal keperluan

Kalau seseorang tidak kenal potensi, seseorang itu boleh menganalisis keperluan diri. Namun keperluan seseorang boleh berubah-ubah. Ketika belajar perlukan Kancil. Selepas bekerja, ingin tukar kepada Vios. Selepas ada anak , ingin Innova. Selepas ada 5 anak, ingin ditukar Estima. Salahkah ?

Kalau kita tahu tujuan untuk membawa sejahtera ahli keluarga, ia tidak salah. Yang salah kalau Estima dibeli untuk menunjuk kepada jiran di sebelah atau kerana malu untuk balik berhari raya dengan Kancil kecil.

Kalau tujuan kita bukan sahaja untuk menerima di dunia sahaja tetapi ingin memberi kepada rakan lain serta orang yang memerlukan, keperluan akan makin meningkat. Namun keperluan itu bukan ‘keperluan kita’. Ia adalah keperluan bersama. Individu yang membina legasi akan mengusahakan agar keperluan orang lain dalam bentuk fizikal, intelek dan emosi dapat dibantu. Jika ia diasaskan kerana Tuhan dan mengikut peraturan syariah seperti ditunjukkan oleh Nabi, sudah tentu legasi ini akan berpanjangan sampai ke syurga.

Potensi makin besar dengan tujuan yang jelas

Apabila seseorang itu makin jelas tujuan kehidupan untuk membantu orang lain sebagai bukti kehambaan kepada Allah, makin berkembang potensi yang ada. Potensi manusia bukan statik. Kalau dulu ketika 3 tahun kita hanya mampu mengangkat 1 kg tepung, kini kita mempunyai fizikal yang boleh mengangkat 10 kg tepung. Kalau ada tujuan untuk mengangkat 100 kg tepung, fizikal kita yang terhad itu boleh menggunakan intelek dan sosial untuk mendapatkan alat atau rakan mengangkat sama 100 kg tepung. Kita akan membesarkan potensi kita hanya apabila tujuan kita makin besar.

Tujuan yang paling besar itu ialah beribadat kepada Yang Maha Besar. Ingin bertemu Yang Maha Perkasa satu hari nanti. Ia tidak murah. Ia perlukan potensi yang besar – sudah disediakan oleh Tuhan.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Maaliki Yaum ad-Deen dan Legasi

Apabila mebaca Maaliki Yaum ad-Deen, yang terpanggil ialah bayangan ke akhirat nanti. Namun sebelum kita menjejak kaki ke sana, ada

Close