Lihat legasi anda setiap hari

Ada kawan saya yang membpunyai ‘vision board’. Ia memuatkan lukisan atau gambar kejayaan atau legasi yang ingin dibina. Saya juga ada dalam bentuk tulisan. Dalam membina legasi, ini amat penting. Ada kaedah fizikal, ada kaedah intelek, ada kaedah emosi. Yang pasti, ‘vision board’ dalam bentuk spiritual perlu menjadi kompas harian yang selalu dibaca dan diyakini. Kalau ia bertapak di peringkat spiritual, sudah tentu legasi itu juga perlu dikaitkan dengan nilai iman dan rohani.

Dalam solat, kita membaca Maaliki Yaum ad-Deen. Ini adalah perkara penting untuk difahami, dihayati dan dipercayai. Ia akan menguatkan semangat kita seharian. Kita merancang sampai ke syurga, namun perlu juga ada perancangan jangka masa pendek. Jika saya menulis ini dikaitkan dengan spiritual, ia adalah jangka masa pendek untuk sesuatu yang bersifat jangka masa sederhana dan panjang. Sederhananya ialah saya boleh gabungkan artikel ini kepada sebuah buku beberapa masa nanti.

Jangka masa panjang? Harapnya buku ini akan menjadi legasi atau warisan yang mendatangkan ganjaran kebaikan kepada saya ke dunia seterusnya. Sudah tentu ini menjadikan disiplin saya menulis dari semasa ke semasa tidak padam. Kalau tiada yang membacanya sekarang, namun apabila ia sudah menjadi buku dan dibeli oleh seseorang, itu akan menjadi saham saya nanti.

Saya perlu semak selalu

Setiap hari saya perlu menyemak legasi yang ingin dibina. Kalau ia ditinggalkan dalam buku catatan tertutup, ia mungkin tidak jelas. Membaca Maaliki Yaum ad-Deen itu menyebabkan kita perlu ‘membuka’ diri kita setiap hari. al-Fatihah yang dibacakan setiap kali solat adalah kunci ‘pembuka’ kepada potensi yang ada dalam diri kita untuk berinteraksi dan membina kejayaan.

Apabila ada matlamat jangka masa pendek dan sederhana yang selari dengan jangka masa panjang, hidup akan menjadi kurang lelah. Hidup tidak akan tertekan dengan dunia luar kerana dalaman yang amat kuat. Dalaman yang mempunyai konsep yang benar untuk melonjakkan potensi diri akan mampu menjawab pelbagai soalan dilema dalam kehidupan. Jika banyak kewajipan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan seharian, kewajipan-kewajipan itu tidak dianggap beban malah ia adalah sebahagian dari peluang untuk membina legasi.

Sebagai contoh, kalau ketika single, seseorang merasakan beliau boleh bergerak untuk berdakwah, maka setelah berkeluarga, peluang dakwah itu tetap ada kepada ahli keluarga malah ini ditekankan dalam al-Quran untuk diperhati setiap hari dan dekat. Keluarga inilah legasi yang akan memberi saham kepada kita. Kalau Nabi ada batu dan balingan dari penduduk Taif, cabaran dalam rumah juga perlu diperhatikan dengan saksama agar ia mampu melahirkan keluarga yang Muslim.

Kesan pada minda

Menurut buku ‘Thinking, fast and slow’ oleh Daniel Kahneman, beliau menyatakan ada kaedah berfikir Sistem 1 dan Sistem 2. Sistem 1 berkaitan dengan kaedah berfikir yang cepat dan tidak memerlukan hujah lama. Contohnya 1+1 dapat dijawab dengan segera. 2.

Manakala Sistem 2 adalah yang memerlukan usaha lebih. Sebagai contoh, 23 x 45 = ? Ia memerlukan masa untuk menjawabnya.

Namun jika cabaran Sistem 2 sudah biasa dihadapi, ia akan menjadi Sistem 1 – mudah.

Apabila  membina legasi, ia adalah sesuatu yang besar dan jatuh dalam Sistem 2. Namun apa yang berlaku jika ia diperhatikan setiap hari malah di’hafaz’ ? Ia akan menjadi amat mudah. Ia menjadi sistem 1. Apabila ia sudah sebati dalam diri kita, maka peluang yang ada di sekeliling itu akan mudah dikenalpasti dan ‘dimasukkan’ dalam usaha untuk mencapai serta membina legasi.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Peluang orang corot, peluang orang cemerlang

Dalam kehidupan, ada orang corot, ada orang cemerlang. Setiap orang ada corot dan cemerlangnya. Pada orang corot, ada peluang untuk

Close