Antara idea personal, idea untuk umum

Ada idea yang amat personal Рnamun ia boleh dijadikan satu agenda dalam kehidupan. Ada idea yang sememangnya untuk umum. Apabila anda menjejak kaki dalam alam dewasa apatah lagi menjadi public figure , maka sudah tentu idea personal anda akan banyak menjadi idea umum. Atau paling tidak pun, idea itu adalah refleksi yang akan menjadi inner speech yang akan menguatkan kefahaman diri pada alam. Bagaimana menguruskan idea personal dan idea umum ?

Bagi saya, saya letakkan idea personal di laman web ini. Idea umum di http://almuntalaq.com atau http://masterpies.com . Saya berbuat demikian kerana di sini, saya boleh berkarya tanpa syarat.

Sebagai contoh, apabila saya baru habis menghadiri dinner batch 40 sekolah alma mater saya, saya mendapati junior yang saya jaga dahulu sudah banyak ‘berubah’ dan menjadi hebat. Saya makin yakin, setiap orang ada potensi dan ‘cara membesarnya’. Untuk melihat seseorang hanya pada masa itu sahaja, adalah satu tindakan yang tidak matang. Kita perlu melihat jauh ke hadapan. Dan perubahan dan realiti masa depan adalah sesuatu yang real.

Mengapa perkara ini dianggap idea personal ? Kerana ia berkaitan dengan ruang perspektif yang mungkin saya sahaja rasai. Ia belum diluaskan konteksnya. Sekadar berkongsi rasa dan refleksi. Jika ia sudah menjadi satu ‘teori’ tersendiri, maka barulah ia sesuai diketengahkan di public.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Harapan untuk modul CASIC

Apakah harapan saya dalam mengkaji dan beramal dengan CASIC? Agar ia kembali menjadi bahasa alam manusia. Saya mengimpikan setiap keluarga

Close