Mencatat Idea

Dalam tradisi ulama terdahulu, mereka mencatat idea dan dikumpulkan menjadi bahan penulisan mereka. Hatta Mozart juga mencatat ideanya di dalam buku catatan – dan selepas itu jarang dibukanya kerana mencatat ialah untuk memasukkan idea ke dalam hati atau pemikiran. Mozart tidak membuka kembali catatannya, tetapi idea yang timbul itu akan digunakan untuk membina hasil muziknya. Kitab Miftaah Daar-us-Saadah oleh Ibn Qoiyim tidak terlepas daripada gaya ini jika dikaji latarbelakang penulisan ulama tersohor ini. Adakah anda mencatat idea?

Mengapa perlu mencatat idea?

  1. Otak kita mempunyai masa tertentu didatangi idea atau persoalan. Jika ia datang dari Allah, itulah ilham. Jika datang dari syaitan, itulah was-was. Bagaimana nak tahu ia dari Allah atau sebaliknya? Catat idea dan buat kajian. Kalau ada sumber yang sahih, itu maksudnya dari Allah.
  2. Otak kita amat laju berfikir. Jika idea yang hadir tidak dicatat, ia akan hilang anchor untuk di-recall kembali. Malah, kalau tidak dicatat, usaha untuk recall memerlukan kita untuk kembali kepada masa dan ruang dahulu – yang kekadang sukar diperoleh semula.
  3. Bukan semua perkara perlu dicatat. Sesuatu yang menarik atau menimbulkan Eureka atau Subhanallah, itu amat perlu dicatat.
  4. Otak tidak mampu menangani dimensi masa dengan baik. Dengan mencatat, kita dapat merancang pengurusan masa dengan lebih baik dan kemas.

Penulis hebat mencatat idea. Pemimpin juga mencatat idea dalam buku nota kecil atau PDA dan banyak cara lain. Sudahkah anda mencatat idea?

Facebook Comments:

3 thoughts on “Mencatat Idea

    • May 18, 2009 at 11:56 pm
      Permalink

      boleh…tak de masalah..jangan twitter atau chatting laghwun ok le 🙂

      Reply
  • May 18, 2009 at 8:37 pm
    Permalink

    salams,

    tertarik dengan cerita seorang sahabat yang menggunakan blog untuk mencatatkan nota kuliahnya.

    bermuhasah diri dalam menulis diblog, dan bertukar2 pandangan dengan kefahaman yang difahami, agar kefahaman @ idea itu boleh dibincang @ dikembangkan, takut idea itu menjadi lain erti mengikut tafsiran sendiri.

    Ya, menulis itu baik. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Jangan makan banyak ketika tension

Ada individu yang tension, makan banyak. Ada individu yang tension, membaca banyak komik. Ada individu yang tension, contact kawan, keluar

Close