Bagaimana mencari rujukan untuk perkataan dalam program My #QuranTime?
Beberapa perkara diperlukan1. myquranstudy. com – ia akan maklumkan mana perkataan yang sudah ditanda pada halaman sebelum ini . Ia amat membantu. Kalau tidak, mana mungkin saya ingat perkataan mana saya sudah bincang atau belum. Ada juga yang terlepas sebelum ini di mana perkataan sama berulang.Baru-baru ini web tersebut ada masalah. Saya terus menghubungi pembinanya untuk memastikan ia OK. Kalau perlu saya bayar, saya bayar kerana ia amat berharga jika tahu menggunakannya.2. readverse. com – untuk mengetahui berapa kali kata akar berulang dalam Quran3. Mushaf Quran dengan terjemahan – untuk melihat ayat apa bermula pada halaman tertentu4. Database Quranic Corpus – maksud perkataan dan berapa kali ia muncul Selepas ini…1. Saya membayangkan lebih ramai akan menguasai perbendaharaan kata Quran sepanjang mengikuti My #QuranTime.2. Yang tidak biasa bahasa Arab Quran, akan makin biasa3. Ramadhan akan datang, paling kurang 40% menguasai perkataan Quran. Ketika solat jika merujuk mushaf atau mendengar imam baca, faham minimum 40% perkataan yang dibaca.Ada sesiapa yang mahu belajar cara menggunakan MyQuranStudy untuk kita track berapa banyak perkataan yang sudah kita faham dalam Quran? Boleh ikuti pautan Telegram di bahagian komen.P/S Mohon beritahu kawan yang mahu belajar dan semak berapa perkataan saya sudah tahu dalam Quran. Agar semangat belajar bahasa Arab Quran akan makin meningkat. P/s Satu soalan penting perlu ditanya kepada diri: berapa % saya faham maksud asas perkataan dalam Quran?
https://www.facebook.com/fazrul.ismail/posts/10223944287050671