Kalau si kecil takut perubahan

Ketika di Los Angeles, saya menyertai satu program coaching di salah sebuah hotel. Saya bertemu ramai jurulatih dan coach, salah seorangnya  ialah B Bryan Post. Beliau sudi menghadiahkan bukunya The Great Behavior Breakdown kepada saya. Hari ini saya baru membeleknya – selepas memperolehnya pada hujung 2009. Saya tertarik membaca kembali kerana ada perkataan ‘behavior’ atau maksudnya ‘tingkah laku’. Salah satu kisah menarik dalam buku tersebut ialah pengalaman beliau menghadapi cabaran anak di kalangan peserta.

Pada satu masa, Bryan memberi ceramah kepada sekumpulan penjaga dan profesional. Beliau meminta mana-mana individu yang ingin sebarang topik untuk disentuh secara lebih spesifik atau mendalam.

Seorang ibu bangun, “Saya ada seorang anak lelaki yang selalu buang air besar dalam seluarnya selama 6 tahun!”

“Beritahu saya tentang sejarah anak puan,” kata Bryan.

“Kami mengambilnya sebagai anak angkat. Dia selalu berulang alik antara penjaga asal dan kami. Pada umur 4 tahun, dia duduk bersama kami.  Dia anak yang baik, cuma dia berak hanya dalam seluar.”

Bryan memaklumkan bahawa apa yang berlaku seperti trauma atau stres pada si anak – di mana si anak takutkan sesuatu. Si ibu tidak faham.

Bryan bertanya lagi, “Mengapa puan fikir anak puan sentiasa berbuat demikian ?”

“Dia berbuat demikian kerana dia cuba untuk mengawal kami. Dia buang air besar dalam seluar kerana dia bercakap, “Berak untuk Mak dan Ayah.” Dia buat begitu kerana dia marah. ”

Bryan berhenti berdialog dan kemudian meneruskan ceramah beliau.

Selepas itu si ibu kembali berdialog dengan Bryan.

Bryan berkata,” Saya boleh bantu puan dengan syarat puan sanggup memberi kerjasama. PERCUMA.”

“Jadi awak beritahu bahawa anak saya berbuat demikian bukan kerana isu kawalan tetapi kerana isu ketakutan. Saya tidak terima…”

Bryan membalas, “Selepas kita gunakan 6 jam dan sepanjang hari untuk membincangkan semua ini dengan pelbagai contoh, puan masih tidak terima ?”

Bryan mendekati puan tersebut dan menumbuk meja berdekatan. BUM! Apa yang dibuat oleh si ibu atau wanita tersebut ? Dia melompat.

“Awak nampak ?” Tanya Bryan kepada wanita tersebut. Bryan buat lagi. BUM!

Kemudian berujar,”Kali ini jangan melompat. Apa yang saya ingin awak buat, sila kawal respon atau tindakbalas puan.”

Wanita itu melompat lagi. Akhirnya si wanita itu berkata, “Ok, saya faham.”

“Sebenarnya anak puan mengalami transisi dalam hidupnya. Dia takut kepada perubahan dan itu sebab dia akan membuang buang air besar/ ‘poop’ kalau dia diajak kepada perubahan.”

“Ya, kalau kawannya ajak keluar rumah atau kami ingin mengajak makan di luar,  dia akan ‘poop’,” jelas si wanita itu.

Bryan mencadangkan, “Pakaikan dia seluar kotor, dan kalau dia ‘poop’, biarkan sekejap dalam kereta sambil nyatakan, ‘Orang tidak suka bau busuk.’ Ini akan menjadikan si anak lebih objektif dan mula tidak takut untuk perubahan yang berlaku.”

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Memahami ‘inner peace’

"Saya tak tahu apa nak buat. Saya buntu." "Saya tahu saya banyak kelebihan dan keluarga saya juga banyak kelebihan. Tetapi

Close