Ia mungkin datang lagi, namun mungkin lebih mahal

“Saya pilih untuk tidak memilih pilihan yang Tuan berikan.” Yang benar, Encik Jalil.

Ia adalah pilihan Encik Jalil kepada Encik Ahmad. Itu hak Encik Jalil untuk memilih. Sekali pandang tiada apa salahnya. Namun akan datang lagikah pilihan yang ada dalam kehidupan ? Ia boleh dijawab oleh rasional intelek, hujah perasaan atau realiti iman.

Sebenarnya semua individu boleh memilih. Cuma kita perlu sedar setiap pilihan ada kesannya.

Jika menggunakan rasional intelek, Encik Jalil boleh menyenaraikan 1001 sebab mengapa ia tidak memilih tawaran Encik Ahmad. Ia mungkin tidak salah.

Namun dalam menerima atau menolak sesuatu tawaran, ada seni yang perlu difahami. Kekadang tawaran yang diterima atau ditolak itu tidak disendalkan dengan seni komunikasi yang baik dengan perasaan yang merendah diri.  Encik Jalil boleh menulis begini:

1. “Saya pilih untuk tidak memilih pilihan yang Tuan berikan.” dengan dikirimkan email ini seawal mungkin sebelum tarikh yang dijanjikan untuk bertemu atau memulakan tugas pilihan.

atau

2. “Saya pilih untuk tidak memilih pilihan yang Tuan berikan.” dengan dikirimkan email ini selepas tarikh janji ditempuhi

atau

3. “Saya pilih untuk tidak memilih pilihan yang Tuan berikan.” dengan dikirimkan oleh Encik Jalil selepas Encik Ahmad bertanya selepas beberapa masa yang panjang.

atau

4. “Saya minta maaf tetapi saya perlu buat beberapa perkara lain.”

atau

5. “Saya minta maaf kerana saya tidak memaklumkan awal kepada Tuan. Saya harap Tuan dapat berikan apa yang saya minta tempoh hari.”

atau

6. “Saya minta maaf kerana saya tidak memaklumkan awal kepada Tuan. Saya harap Tuan dapat pertimbangkan untuk saya belajar dari Tuan” (selepas solat istikharah)

Pilihan 6 boleh banyak memberi perubahan kerana ia bersendalkan alas komunikasi yang sopan serta menjaga perasaan manusia dengan asas berpandukan kepada petunjuk dari Tuhan. Kalau pilihan itu bagus, ia akan datang lagi dan kita mampu untuk menyahutnya. Kalau pilihan itu tidak bagus, ia akan berlalu begitu sahaja.

Namun kalau akhlak komunikasi yang lemah dan hubungan istikharah tidak dimeterai erat dengan Allah, macam-macam boleh berlaku. Peluang itu mungkin akan datang lagi, tetapi hadir dengan lebih mahal kerana ‘harga’ itu terpaksa dibayar kerana akhlak komunikasi yang buruk dan ego yang menebal.

Moga kita dapat menyahut segera seruan kebaikan, dan kalau tidak mampu, berkomunikasi dengan baik sesama manusia selepas bertanya pilihan kepada Pencipta kita terlebih dahulu.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bagaimana mahu mengangkat gajah ?

Bagaimana mahu mengangkat seekor gajah padahal badan kita sendiri pun kekadang sukar kita angkat? Bagaimana mahu menangani pelbagai masalah dalam kehidupan

Close