Semangat untuk ‘marketing’

Sebenarnya, dalam bahasa Melayu, amat jarang digunakan lebih daripada 2 atau 3 adjektif pada sesuatu perkara.

 "Bunga merah yang harum" boleh digunapakai. Namun "Bunga merah berduri di tengah halaman yang harum cantik semerbak kasturi" agak janggal digunakan kerana ia amat panjang. Namun dalam Bahasa Inggeris, 'in-the-middle-of-ground thorned red nice-scented flower" adalah biasa digunakan.  Kaedah bahasa Inggeris dengan lebih 2 atau 3 adjektif ini juga berlaku dalam bahasa Arab.

Kesan psikolinguistik

Apakah kesan kepada pembicara dalam bahasa yang berkenaan? 

Bahasa Malayu mempunyai ayat-ayat yang pendek dan kaedah penerangan berasaskan adjektif yang tidak panjang. Ini menyebabkan psikologi 'marketing' agak kurang 'panjang' dan 'cepat putus'. Ia menyebabkan 'diam' adalah lebih dominan lantaran tidak mungkin dalam bahasa Melayu untuk menggunakan ayat yang panjang. Ayat yang panjang-panjang dan penuh perasaan berhubung sesuatu perkara (adjektif) amat penting dalam membuat marketing. Paling kurang, kalaupun tidak berkait dengan ayat yang diucap secara audio, ia akan berkait dengan semangat untuk menerangkan yang lebih pendek berbanding individu yang berbicara bahasa Inggeris atau Arab.

Hal ini menjadi asas yang memberi momentum inidividu dengan bahasa Inggeris dan Arab untuk tetap semangat dalam menerangkan sesuatu pada individu lain – walaupun bagi penutur bahasa Melayu – itu sudah agak panjang. Bagi individu yang tidak suka panjang-panjang, invidu penutur bahasa Melayu akan melihat penutur bahasa Inggeris sebagai 'panjang cakapnya' atau 'membebel'? Apatah lagi kalau penutur bahasa Inggeris atau Arab itu bercakap dengan menggunakan bahasa Melayu. Penutur tadi tetap mempunyai kesan psikolinguistik bahasa Inggeris atau Arab kalau ia menggunakan bahasa itu banyak masa.

Hal ini amat jelas apabila kita berhadapan dengan individu yang bertutur bahasa berbeza. Bagaimana kita mampu untuk bertindak mengikut keadaan dalam menggunakan psikologi bahasa Melayu atau Inggeris atau Arab? Ia memerlukan hikmah dan kefahaman.

Benarlah ayat Allah bahawa pada bahasa itu ada tanda kehebatannya:

"[30.22] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Fikir Antara Dua?Kita Umat Wasatan

Dalam al-Quran, Allah mengulang kata washata sebanyak 5 kali sahaja. Ayat yang sering kita dengar berdasarkan perkataan tersebut ialah tentang...

Close