Subhanallah! Milik Siapa Bidadari Ini


Lalu malaikat Jibril pun pergi mengelilingi syurga Adnin yang cukup indah.

Tiba-tiba seorang bidadari yang cantik jelita keluar dari salah sebuah istana lalu mendekati Jibril seraya tersenyum simpul. Tiba-tiba syurga itu menjadi terang benderang daripada sinaran dua batang gigi serinya.

Lalu Jibril pun sujud kerana menyangkakan bahawa sinaran itu adalah daripada cahaya Allah.

Melihat keadaan itu, bidadari lalu berkata: Wahai Jibril, malaikat kepercayaan Allah, angkatlah kepalamu.

Lalu Jibril pun mengangkat kepalanya dan memandang bidadari dengan penuh kekaguman, sambil berkata: Maha Suci Allah yang menciptakan engkau, wahai bidadari.Kata bidadari: Wahai Jibril, tahukah engkau, untuk siapa aku diciptakan??

Jibril pun bertanya balik: Untuk siapa engkau diciptakan??

Bidadari pun menjawab: Sesungguhnya, aku diciptakan untuk orang yang lebih mengutamakan keredaan Allah, mengatasi hawa nafsunya.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
KENAPA NAFSU DEGIL

Dalam kitab karangan Usman b Hassan b Ahmad ada menceritakan Allah s.w.t. telah berfirman yan bermaksud, "Wahai akal! mengadaplah engkau....

Close