Bagaimana mahu mengangkat gajah ?



Bagaimana mahu mengangkat seekor gajah padahal badan kita sendiri pun kekadang sukar kita angkat? Bagaimana mahu menangani pelbagai masalah dalam kehidupan padahal ilmu kita tidak banyak? Atau kekadang hidup memerlukan semangat yang kuat, namun ia layu di tengah jalan?

Inilah rahsia mengenali potensi manusia yang terdiri daripada kekuatan fizikal, intelek, emosi dan spiritual. Jika ia dikenali – singkatan kepada PIES – ia akan menjadi aset penting untuk menyelesaikan banyak masalah, apatah lagi dengan menggunakan teknik CrossPIES.

Pengalaman pelbagai individu berjaya

Pelbagai individu berjaya dikenalpasti mampu menggunakan potensi diri mereka ke arah kejayaan. Mereka mungkin tidak kuat seperti Incredible Hulk, tidak sebijak Einstein, kurang kuat semangat seperti Gandhi atau sekuat spiritual seperti para Nabi, namun mereka boleh berjaya dengan apa yang ada. Kekuatan potensi manusia ini memerlukan kaedah menaakul dengan baik. Ia mempunyai pola yang tersendiri, dan mampu digunakan sepanjang zaman.

Bukti sepanjang sejarah

Cuba kita perhatikan kepada apa yang berlaku kepada anak kecil. Ia tidak sekuat mana, tetapi dengan kekuatan intelektual yang sedikit dan emosinya yang tetap bersungguh-sungguh dalam kehidupan, satu perkara yang dirasakan mustahil dapat dimahirkannya seperti berjalan, berlari dan bercakap.

Cuba kita perhatikan kepada individu seperti Boon Siew yang terkenal dengan motor kapcai Honda. Tidak belajar setinggi mana tetapi mampu membina empayar perniagaan yang hebat.

Apa rahsia mereka mengemudi kehidupan yang pastinya banyak cabaran ? Bagaimana mengangkat ‘masalah kehidupan’ seberat gajah?

Ia memerlukan kemahiran tersendiri. Pola ini diringkaskan dengan CrossPIES. Ia mampu untuk membantu dalam proses komunikasi seharian untuk memahami sesama kawan dan ahli keluarga serta organisasi. Secara ringkas, kaedah ini boleh diringkaskan begini: pangkah P, dapat I; pangkah, I dapat E, pangkah E, dapat S.

Artikel ini ialah sebahagian daripada isi kandungan program CrossPIES pada 6 Julai 2011. Jika berminat sila layari http://www.facebook.com/event.php?eid=126510630766010

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Koleksi Twitter for 2011-07-03

Laa raiba fiih - kesempurnaan al-Quran dari dalam, hudan lil mutaaqin - kesempurnaan al-Quran dari luar (al-Kasyaf) # rancangan mengadakan...

Close