Mengapa kita begitu lambat dan lembab?

Sejak melibatkan diri di dalam dunia membentuk dan mengenali hakikat diri sendiri, barulah aku sedar bahawa terdapat banyak perkara yang membelit leher dan membelenggu diri manusia selama ini. Persoalan yang timbul, mengapa kita begitu lambat dan lembab dalam melakukan kebajikan sedangkan di dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa orang-orang yang beriman adalah mereka yang pantas dalam melakukan kebaikan serta kebajikan dan bukannya lambat dan lembab!

Potensi di dalam diri manusia adalah bersifat universal, bermakna semua manusia di dalam dunia ini mempunyai kekuatan, kebolehan, kapasiti dan pelbagai lagi kelebihan yang di'pasang dan di-set-kan' oleh Yang Maha Menciptakan. Tidak kiralah manusia itu tinggal di mana; timur, barat, selatan mahupun utara, mereka semua adalah sama sahaja dalam mempunyai potensi tersebut.

(32:9) Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

 Dialah Al Khaliq, menyempurnakan setiap binaan serta kejadian  yang ada di langit dan bumi, malah dalam diri kita sendiri.

Mengapa kita amat lembab dan lambat sedangkan potensi yang telah diberikan oleh Al Khaliq amat tinggi potensinya apabila digunakan?

 

Belenggu manusia

 Apabila saya membuat muhasabah dan menilai potensi dan kecekapan diri saya dalam melakukan kerja-kerja seharian, ibadah dan semua pekerjaan fizikal, barulah saya jelas dan terang-terangan dapat melihat bahawa leher saya ini telah dibelenggu oleh sesuatu yang amat hitam dan amat dahsyat. Belenggu itu juga telah membuatkan satu 'tembok' yang amat besar dan tinggi dalam melihat Tuhan Yang Maha Besar! Astagfirullah!!!Amat dahsyat belenggu ini!

Belenggu ini adalah hawa nafsu. Ia amat hitam dan mampu melilit keseluruhan potensi fizikal, intelek, emosi mahupun spiritual sehinggakan kita tidak mampu lagi mengendalikan diri kita sendiri! 

 

Isytiharkan jihad terhadap hawa nafsu

Senario biasa yang berlaku di dalam dunia ini ialah, apabila mereka ini terbelenggu, ditahan, diperangi dan merasakan diri atau negara mereka tidak bebas dalam melakukan kebaikan (dalam konteks ekonomi, sosial dan politik), mereka dengan segera mengistiharkan perang! Namun yang demikian, manusia terlepas pandang di dalam diri mereka juga ada perkara yang menyekat diri mereka untuk terus cemerlang dan sukses dalam melaksanakan kebaikan untuk menuju kepada Allah…

Menurut Ibnu Muhammad, hawa nafsu adalah hijab terbesar antara hamba dan Allah! Aduhai, celaka sungguh diri ini jika kita sendiri tidak memecahkan tembok ini dalam kehidupan kita! kita sibuk dan cepat-cepat ingin meruntuhkan tembok tinggi yang menyekat aktiviti kehidupan seharian kita, namun kita buta dan tidak menyedari bahawa tembok yang paling besar di dalam diri kita adalah hawa nafsu dan kita  tidak mahu serius berusaha bersungguh-sungguh untuk meruntuhkannya!

Rasulullah s.a.w. bersabda; Jihad yang paling utama adalah orang yang berjihad melawan hawa nafsunya kerana Allah (As Silsilah ash-shaihah)

 dan firman Allah s.w.t. di dalam al-quran; 

26:69. Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.

 

Semua tindakan kita akan menjadi lembab dan lambat adalah kerana tembok ini semakin membesar!

Bagaimanakah tahap ibadah kita? bagaimanakah prestasi aktiviti harian kita? bagaimanakah usaha dakwah kita? saya ingin menginatkan diri dan mereka yang terlibat di dalam usaha-usaha membawa mesej ketuhanan. Jika tembok ini masih lagi wujud dan tidak ada usaha untuk memecahkannya, maka segala usaha membawa mesej ketuhanan adalah amat rendah sekali kualitinya! sebab itulah mengapa usaha dakwah kita pada hari ini amat lembab dan lemah! kerana ia berpunca dari tembok yang wujud di dalam diri kita sendiri! Aduhai amat celaka sungguh diri ini jika tembok ini terus mengeras dan menghitam.

Bayangkan  hawa nafsu ini membelit leher kita! Aduhai, terasa di dalam diri tidak cukup nafas kerana sibuk dengan aktiviti memuaskan hawa nafsu. Aduhai amat celaka diri ini kerana tidak melakukan usaha memecahkan tembok ini kerana ia adalah penghalang utama dalam melihat Allah s.w.t. Tembok inilah yang menghalang pemandangan mata hati kita untuk menikmati kecantikan serta keindahan Allah s.w.t. Aduhai, betapa ruginya diri kita ini kerana tidak berpeluang untuk melihat kecantikan dan ketenangan Allah s.w.t. 

Jika tembok ini masih ada di dalam diri kita, namun kita merasakan bahawa kita sudah mampu melihat Allah s.w.t., maka saya katakan bahawa, pandangan itu tidak 'clear' dan tidaklah sejelasnya. Ia seperti kita melihat pemandangan di tingkap yang ada 'net' , tidak begitu cantik dan jelas. Bagaimana mungkin kita mampu melihat suautu pemandangan yang jelas di tingkap jika ada penghalang atau 'net' ?

Pecahkan tembok ini selalu!

Pepatah melayu mengatakan bahawa; sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Pepatah ini amat relevan untuk kita perhatikan kerana kita perlu usaha sikit-sikit, lama-lama runtuh! Bagaimana cara untuk kita tahu tembok ini runtuh?

Itulah yang ada disebut di dalam Al-Quran;

 (79:37). Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang Yang melampau (perbuatan derhakanya),Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata,Maka Sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.Adapun orang Yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya,(untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,Maka Sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

Dua perkataan di dalam surah An Naziat ini yang saya 'bold'kan; TAKUT & MENAHAN

Jika kita baca buku Ibn Qayim, beliau mengatakan bahawa untuk meruntuhkan tembok ini, kita perlu serius dalam melakukan riyadhah – latihan (training).  Kita perlu train diri kita ini sehingga kita mampu merasakan takut dan mampu menahan hawa nafsu kita dari melakukan semua perkara yang memuaskan hawa nafsu.

 

Perasaan takut dan tahan memerlukan kesungguhan

 Memang sudah pasti! untuk memastikan perasaan ini timbul di dalam hati kita ialah perlu kepada kesungguhan yang amat tinggi. Memang sukar juga sebenarnya. Namun yang demikian, dalam kesukaran tersebut ada petunjuk!

Firman Allah;

29:69. Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.

Adus! memang ada petunjuk sebenarya! Janganlah kita rasakan perit dan penat dalam berjihad melawan hawa nafsu kerana di dalam perjalanan yang sukar dan perti itu ada petunjuk dari Allah!

Subhanallah. Ini ad
alah formula yang sangat hebat untuk mendapatkan petunjuk dari Allah!

 Allahuakbar! Aku mohon ampun atas kesalahan, kelemahan serta kelalaian diriku dalam melawan hawa nafsuku sendiri. Aku sering mengikuti hawa nafsu diriku dari mengikuti petunjuk dari mu. Aku yakin, kini eEngkau telah berikan kepada ku kemudahan untuk kembali kepada fitrah! Aku bersyukur…namun ya Al Qawiiy, berikanlah aku kekuatan untuk melawan hawa nafsuku sendiri. Ya Al Waliiey, berikanlah aku perlindungan. Lindungilah aku dari bisikan hawa nafsu dan syahwatku sendiri dan lindungilah aku dari bisikan syaitan yang terkutuk! 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
fITNAH iSLAM

Islam, satu cara hidup yang Allah turunkan kepada seluruh manusia termasuk golongan manusia yang terdahulu. Mereka di berikan peringatan sepanjang...

Close