Mengenal Kategori pendengar dan penceramah

Sempat saya berbincang dengan beberapa orang individu, termasuk Ustaz Hasrizal. Pemerhatian dibuat untuk teknik penyampai dan kesan psikologi pendengar dalam satu-satu ceramah.

Kategori pendengar:

  1. Yang suka mendengar dan terus percaya
  2. Yang suka mendengar dan ingin semak ia jatuh di bawah kategori apa yang telah difahami sebelum ini
  3. Yang suka mendengar, semak kategori dan ingin semak sumber rujukannya yang asal.

 

Bagi pendengar kategori 2, ia kritikal. Kategori 3 lagi lagi kritikal. Terlampau kritikal boleh membunuh diri sendiri.

Apakah teknik untuk penyampai atau penceramah bagi ketagori berlainan di atas?

1. Perlu mudahkan bahasa dan difahami. Banyak contoh, banyak cerita, banyak analogi. Kalau tidak biasa menggunakan teknologi ini, susun dan buat persediaan dengan kisah apa yang ingin disampaikan. Makin banyak dicuba, ia akan makin menjadi.

2. ┬áNyatakan konsep kepada apa yang ingin disampaikan. Menyampaikan fakta dan butiran amat penting, tetapi perlu ada halatuju dan ‘kategori’ kepada apa yang difahami oleh audien. Kalau perlu, kaitkan dengan apa yang mereka sedia tahu.

3. Nyatakan buku rujukan. Kalau tidak ingat, sebutkan atau nyatakan atas slaid tentang rujukan selepas program. Ia amat membantu untuk membina kesejahteraan dalam individu pendengar kategori ini. Mereka ingin sesuatu yang ‘big picture’ bukan sekadar memahami sebahagian sahaja.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Teknik YBFA oleh Ibn Qoiyim

Dalam bukunya Madarijus Salikin, Ibn Qoiyim meletakkan teknik YFBA untuk beramal. Apakah YBFA?

Close