Hari Asyura Legasi Nabi Musa atau Firaun?

Berikut ialah beberapa ayat Quran sebagai panduan:

Nabi Musa dan Bani Israel menang

Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh dan jangan pula engkau takut tenggelam. (20:77) Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu dia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya. (20:78) Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan dan tidaklah dia membawa mereka ke jalan yang benar. (20:79) SURAH TAHA 

Ketuk dengan Tongkat 

Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit. (26:60)Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan. (26:61) Nabi Musa menjawab: Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku. (26:62) Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Pukullah laut itu dengan tongkatmu. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. (63) Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ. (26:64) Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya. (26:65) Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya). (26:66) Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. (67) Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (26:68) SURAH ASHSHUARA 

Laut Merah Terbelah

Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (2:50) SURAH AL-BAQARAH

Mumia Firaun Akan Dikekalkan

Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!. (10:92) SURAH YUNUS

the-sphinx-at-gizacairo-in-egypt-with-the-pyramid-of-chephren-khafre-in-the-background

Apakah pengajaran?

  1. Allah menyelesaikan isu takut dalam diri nabi Musa. Seorang yang menuju kejayaan perlu berani, jangan takut. Berani ketika bahaya hanya mampu diperoleh oleh mereka yang takut pada Allah. Ini dinyatakan dalam Quran ” janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh dan jangan pula engkau takut tenggelam.” (20:77)
  2. Nabi Musa tidak give up. Seorang  yang sedang memimpin dan membina legasi perlu menunjuk ajar masyarakat dan berdiri di sisi mereka atas apa sahaja yang berlaku. Seorang pemimpin biasa akan manipulasi pengikutnya dan tidak berdiri bersama pengikutnya.
  3. Seorang pemimpin perlu ada tawakal – bulat bergantung kepada Allah. Kata Nabi Musa

    كَلَّا ۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ

    “Bahkan tidak! Sesungguhnya bersamaku Tuhanku yang akan memberi petunjuk kepadaku,” ketika berdiri di hadapan Laut Merah, dengan tentera yang sedang mengejar mereka. Nabi Musa amat tawakal ketika tak nampak sebarang jalan di peringkat manusiawi.

  4. Allah sentiasa bersama dengan anda. Jangan ada ragu walaupun sebesar zarah. Allah menolong hambanya hatta di tengah samudera lautan luas.  Jika kita mampu memahami realiti ini, ia akan menjadikan kita amat bersyukur kita ada Allah. Puasa kita pada hari Asyura menandakan ini sebagai sambutan yang amat hebat atas pertolongan Allah ke atas Nabi Musa – dirayakan oleh Nabi Muhammad dengan puasa.
  5. Percaya dan yakin pada ketua amat penting. Jangan jadi seperti pengikut Nabi Musa yang menyalahkan Nabi Musa ketika dalam keadaan genting “Sesungguhnya, kita akan kalah.” Dalam kehidupan kita, ibu bapa, cikgu atau ketua dalam organisasi adalah ketua. Ambil kekuatan mereka dan yakin untuk bergerak ke depan.
  6. Nabi Musa dan pengikutnya ‘bernyawa’ di tengah Laut Merah manakala Firaun dan pengikutnya ‘tidak bernyawa’ di tengah Laut Merah. Jangan salahkan keadaan atau situasi luar sana: kerana ada yang nampak seperti buruk di luar sana, tetapi jika dihadapi dengan pertolongan Tuhan, ia akan memberi kebaikan.
  7. Mumia Firaun diabadikan sebagai legasi kejahatan dan keburukan. Inginkah kita begitu? Ini disebabkan beliau memimpin dengan tidak merujuk kepada Tuhan.
  8. Allah Maha Berkuasa atas Laut Merah, boleh diselamatkan Nabi Musa dan pengikutnya. Dalam masa yang sama menenggelamkan Firaun dan pengikut Firaun. Dalam cabaran sekarang, Allah boleh beri kejayaan kepada kita apabila taat kepadaNya.
  9. Tongkat Nabi Musa boleh digunakan untuk mengembala kambing, boleh digunakan untuk ‘membelah Laut Merah’. Hebatkah tongkatnya? Tidak. Yang hebat ialah Allah yang mengizinkan semua itu berlaku. Jangan kagum pada makhluk untuk menang dan berjaya membina legasi.
  10. Bila selamat, syukur kepada Allah. Puasa Asyura sebagai tanda syukur atas kejayaan Nabi Musa dan pengikutnya yang menjadi legasi hingga ke hari ini.

Adaptasi dari Yassarna al-Quran.

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Inkubator membina legasi

Selepas program Build Your Legacy Advance di Karangkraf, saya melanjutkan program dengan BYL Premium. Ia adalah projek inkubator legasi. Seperti

Close