Inkubator membina legasi


Selepas program Build Your Legacy Advance di Karangkraf, saya melanjutkan program dengan BYL Premium. Ia adalah projek inkubator legasi. Seperti ayam dan telur yang dieramkan, projek ini bertujuan untuk melihat bagaimana satu sistem yang berteraskan Surah al-Baqarah ayat 1-5 mampu untuk melahirkan individu yang membina legasi secara konsisten.

Catatan Inkubator

Berikut ialah beberapa pemerhatian awal selepas 4 hari:

  1. Peserta difollow through setiap hari pagi dan petang. Hari 1-2 amat baik kecuali seorang yang tidak kemaskini tugasan pagi.
  2. Apabila masuk hari ke-3, tugasan petang mula menunjukkan kelewatan. Ada yang tidak hantar.
  3. Ada legasi 3 bulan yang disconnect dengan apa yang dibuat harian.
  4. Ada yang mempunyai disiplin amat tinggi untuk menghubungkan legasi 3 bulan dengan apa yang dibuat setiap hari. Mereka update setiap pagi dan petang – walaupun ada perkara yang tidak dapat disiapkan.
  5. Ada 2 orang yang siap 100% apa yang dirancang. Ini bermaksud samada beliau amat efisien atau apa yang dibuat tidak dioptimumkan kepada potensi diri. Saya melihat kepada hal yang pertama, dan boleh dilonjakkan individu ini untuk membantu lebih ramai insan lain.

Mengapa Inkubator?

Sistem dibina dan diperhatikan. Ia dikawal. Apa-apa masalah akan disampaikan dalam bentuk pelbagai – tegur secara langsung, program, serta kandungan yang bermanfaat kepada peserta. Tidak perlu tunggu kepada saat akhir untuk membantu atau membaiki apa yang ditargetkan.

Apa plan saya selepas ini?

Saya akan terus memerhati. Pada fasa kedua selepas 5 Okt 2016, saya akan menaikkan derap langkah peserta. Gear makin tinggi. Yang pasti, database peserta amat penting dalam program sebegini.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Apa yang mudah hilang ketika membina legasi?

Sekitar 3 tahun usia Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd dan 15 tahun dalam dunia latihan dan kerjaya, saya bergaul dengan...

Close