Apa yang mudah hilang ketika membina legasi?

Sekitar 3 tahun usia Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd dan 15 tahun dalam dunia latihan dan kerjaya, saya bergaul dengan pelbagai kumpulan untuk memahami aspek bisnes selain ilmu lain untuk memajukan diri, keluarga dan organisasi. Ramai orang ingin membina kejayaan dan legasi. Dalam masa yang sama, ada beberapa perkara atau elemen yang ‘hilang’ ketika masing-masing ingin membina kejayaan. Ia akan menyebabkan stamina membina legasi makin layu jika tidak dibangkitkan baik.

Saya kongsikan beberapa pemerhatian saya di bawah. Ia penting untuk mengekalkan stamina. Ia mudah hilang juga.

1. Ingat Legasi setiap Hari

Setiap hari bangun tidur, legasi perlu jelas. Long term dan short term. Short term itu ada kaitan dengan 3 bulan atau quarter ini, apa yang akan dicapai? Hari ini perlu capai apa dalam check list to do?

Kalau tiada check list to do, lupa apa perlu dicapai dalam quarter ini, mana mungkin mencapai legasi setahun, 5 tahun, 50 tahun dan 100 tahun dari sekarang. Syurga? Itu lebih besar dari legasi yang sedang dibina.

2. Ada Timeline dan dipatuhi

Makin sibuk, makin banyak kerja, makin terlupa bahawa masa terhad. Timeline untuk kejayaan perlu dilakarkan. Setiap projek baru yang ingin dilaksanakan, perlu ada timeline. Setiap ahli keluarga ada timeline. Setiap ahli organisasi malah klien perlu ada timeline. Timeline bukan untuk disimpan sendirian, tetapi dikongsikan dengan pemimpin dan pimpinan kita.

Yang mudah hilang ketika sibuk membuat kerja ialah bagi setiap projek tiada timeline.

Kalau ada pun, timeline ini tidak dipatuhi dan dipantau. Ada yang rasa tak selesa dipantau timeline kerana dianggap ‘mengacau’. Padahal kacau itu adalah untuk membina kejayaan short term dan long term bagi si empunya diri. Setelah berjaya, tak ramai akan mengatakan ‘kacau sahaja pasal berjaya.’

3. Follow Through, bukan sekadar follow up

Ini dikongsikan oleh Dato Husamuddin di Karangkraf. Beliau bukan sekadar follow up, tetapi follow through sampai sesuatu perkara siap. Nampak seperti banyak dan serabut. Tetapi kalau hari ini saya ada 5 item dalam check list, saya kena pastikan ia diselesaikan dengan follow thorugh sesiapa sahaja. Saya akan berhenti apabila yang dilaksanakan itu mencecah ‘haram’. Kalau tidak haram, ia perlu diteruskan. Kalau hanya menunggu ia jadi dan siap, memang legasi entah ke mana.

4.Proaktif, bukan reaktif atau pasif

Bahasa yang dituturkan oleh proaktif yang membina legasi: bagaimana saya boleh selesaikan masalah untuk memastikan saya berjaya.

Bahasa pasif orang yang ingin membina legasi: banyak masalah sana, sini, orang atas dan orang bawah. Penyelesaian? Nanti saya fikirkan. Saya mampu komplen atau komen sahaja atau jaja sahaja. ‘Nanti’ akan ada penyelesaian.

Ada banyak perkara dalam hidup ini yang kita tidak mampu kawal atau pasif. Apabila ia dirancang dengan strategi dan taktik yang betul, ia akan menjadi aktif. Strategi dan taktik amat penting untuk menjadikan usaha harian kita berbentuk proaktif.

Apabila ada ‘nanti’, legasi sedang ditangguhkan. Quarter ini mungkin kena tangguh kejayaan 2 bulan, legasi 50 tahun yang dirancang perlu ditangguhkan selama 10 tahun. Kalau di akhirat nanti, legasi masuk syurga boleh ditangguhkan?

5.Selesaikan secara sistem, bukan secara terpisah

Kalau ada masalah dalam unit kewangan, maka sistem itu perlu dipantau dan diselesaikan. Kalau ia tidak diselesaikan atau sistem ini makan masa lama untuk diubati, ia akan mengganggu legasi yang sedang dibina.

Komplen tidak menambah legasi. Kecepatan mengambil tindakan itu amat penting untuk menuju legasi. Silap ketika mengambil tindakan lebih baik daripada berfikir panjang dan tidak pernah silap – kerana tak ambil tindakan atau tindakan diambil selepas semua orang sudah balik dari kenduri.

 

P/S Jika tuan puan berminat untuk mendalami legasi dan kepimpinan, info lanjut di sini http://akademisinergi.com/v2/event/amazing-leadership/

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bagaimana SKDA menyuluh solusi

Pengusaha taska tadika mempunyai pelbagai cabaran dan masalah. Apabila mengalami cabaran, ia boleh diselesaikan dengan menggunakan kaedah konvensional atau dengan

Close