Bagaimana SKDA menyuluh solusi

Pengusaha taska tadika mempunyai pelbagai cabaran dan masalah.

Apabila mengalami cabaran, ia boleh diselesaikan dengan menggunakan kaedah konvensional atau dengan panduan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Berikut ialah salah satu soalan yang dijawab dengan pendekatan Solusi Kehidupan dalam al-Quran.

Soalan: Bagaimana nak jelmakan QSI (Quran, Solat, Infaq) secara berkesan kepada staff lama yang banyak jasa (qawiyy) tapi sangat rendah dalam al-amin (solat, Quran dll)?

Cadangan proses jawapan:

1. K – Keywords dikenalpasti

Apakah keyword dalam masalah ini?

Ingin QSI.

Ingin staff mencapai tahap human resource terbaik – alqawiyyul al-ameen

Staff amat bagus bahagian al-Qawiyy, tetapi al-Ameen masih boleh dimajukan.

Keyword dalam BA:

  • competency & integrity – qawiyyul ameen
  • berjaya – muflihuun
  • maju – islah

2. C – Concept/ Categori dikenalpasti

Category: Muamalah (HR)

Sunnatullah Syariatullah – hafizun aleem & qawiyyun ameen

Concept: terbaik, staff, ingin mendekatkan diri kepada Allah dengan QSI (berteraskan Surah al-Baqarah ayat 1-5)
3. C – Chapter & Verse disenaraikan

Senaraikan semua  ayat dari item 1 dan 2.
4. T – Tadabbur Tazakkur

Laksanakan Tadabbur Tazakkur bagi setiap ayat dalam 3.
5. Design – Desain bagaimana untuk menyelesaikan masalah (Beri & IGO dimanfaatkan)

Sekarang staff al-qawiyy + Solusi al-Quran = Staff menjadi al-qawiyyul al-ameen

Apa elemen staff? Fizikal, intelek, emosi dan spiritual. Semak apa sebab tidak mahu solat. Ada kemungkinan kekangan PIE. Mudahkan urusan PIE.

Apabila sistem sekolah melaksanakan sistem baik bertahap-tahap, ia akan menjadikan target berfasa-fasa dan datang dari diri dan sistem.

Ia memerlukan proses dari segi IGO (individu, group & organizational leadership).

O dan G perlu memberi peluang, latihan, ilmu, sistem yang baik bagi staff agar ada masa beliau solat dan baca Quran.

Ketika menyampaikan cadangan penyelesaian, manfaatkan kaedah Surah Yasin. Dengan kaedah yang lembut dan berhikmah. Perlu dilaksanakan syura atau spirit berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.

 

Untuk mencapai kejayaan, perlu laksanakan taubat seperti dalam Surah 9.

Ketika ada up & down dalam menyampaikan, perhatian Surah 10,11 dan 12. Jangan merajuk (Surah 10), istiqamah (surah 11)  dan percaya bimbingan Allah (Surah 12)
6. Improve – Baiki cara mendekati masalah yang ada.

Model ini perlu sentiasa dibaiki dengan merujuk kepada sisi praktikal selari dengan ayat al-Quran yang disenaraikan di atas. Perlu dilihat dengan cara sistemik, menggunakan konsep IGO. I tidak mempunyai kuasa G dan O. Setiap ayat al-Quran merujuk kepada sistem yang lengkap, perlu diperhatikan serius oleh O atau dinasihati oleh I dan G.

Budaya sentiasa membaiki ialah budaya islah – ciri penting menjadi orang soleh dalam al-Quran.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Juz Amma, Akhirat dan Sifir 16

"Mengapa surah-surah juz 30 banyak cakap pasal akhirat?" "Bukankah ini surah diturunkan awal di Mekah. Mengapa topiknya berkaitan Akhirat?" Juz

Close