Lembut atau keras ketika mendidik?

Hari ini saya menyemak ‘acknowledge’ dalam mengkaji al-Fatihah.

Ada pendapat keras – untuk ikut peristiwa Kaab b Malik.

Ada yang lembut – untuk ikut semua contoh lain Nabi bersama sahabat.

Kalau ingin dikirakan hadith satu persatu, pasti ada nombornya untuk menentukan lembut atau keras secara kuantiti.

Secara kualiti, Allah menentukan diri-Nya dengan rahmah.

Apa sebab perlu berlembut ? Kerana rakan tidak buat silap tidak seteruk Kaab b Malik. Boleh rujuk artikel ini.

Kalau dia silap seperti Firaun, Nabi Musa diseru untuk bersifat lembut juga ketika bercakap.

Yang keras bersama Kaab b Malik – ialah apabila Allah menentukan taubat diterima atau tidak. Yang memberi denda ialah dari Nabi. Nabi ada penilaian yang tersendiri – dari orang paling baik kepada orang yang baik (sahabat). Kalau kita bukan orang terbaik – belum lagi membina deposit emosi yang banyak – kemudian ingin membina denda kepada kawan yang tidak sekuat Kaab, perlu segan mengaku Nabi Musa yang menyeru dakwah kepada Firaun.

Tidak menghukum adalah lebih baik dari silap menghukum. Apatah lagi jika hak kawan kita tidak dijaga selama ini.

Fokuskan kepada yang baik, nescaya yang buruk akan sirna juga pasti menjadi panduan berguna dalam menyelesaikan hal ini. Ini kerana al-hasanaat yuzhibna as-saiyyiat.

Kita ada peluang mendapat rahmat dengan berlembut, atau kita perlu sentiasa berlembut untuk mendapat rahmat Allah? Asal rahmat itu dari Allah – usahakanlah dalam kehidupan.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Gerai buku second-hand

Semalam saya ke sebuah kedai di Petaling Jaya. BookExcess. Saya tidak membeli apa-apa buku kerana tiada tajuk baru yang menarik.

Close