Gerai buku second-hand

Semalam saya ke sebuah kedai di Petaling Jaya. BookExcess. Saya tidak membeli apa-apa buku kerana tiada tajuk baru yang menarik. Selepas itu saya ke sebuah kedai lagi. Saya jumpa sebuah buku yang lama dicari pada harga RM 15. Saya turun ke bawah, nampak sebuah gerai dengan buku second-hand pada labelnya. Saya tertarik. Tapi saya tidak membeli juga walaupun sudah murah.

Apa yang berlaku, saya jumpa sebuah buku Amru Khalid yang baru. Harga asal RM 14. Di gerai itu dijual dengan harga RM 10. Si empunya gerai berkata, “Baru tu bang. Murah.”

Dalam diri saya “Tak murah pun.” Mengapa saya berkata demikian ? Kerana saya baru balik dari kedai yang menjual buku second hand dengan harga RM 15 , harga asal lebih RM 90. Disebabkan minda saya mempunyai vocab second hand pada gerai itu, maka saya sudah meletakkan standard bahawa buku di sini mesti murah. Sepatutnya buku nipis sebegitu ialah sekitar RM 5 atau RM 3 sahaja kerana ia nipis.

Saya tidak beli. Si empunya gerai tidak mendapat apa-apa jualan.

Apa yang boleh dibuat untuk jual?

Dengan menggunakan kaedah Inquire dan Choice dalam CASIC, si empunya gerai perlu detect sebenarnya saya berminat untuk beli (tidak semestinya akan beli). Namun kalau disapa dengan baik dan bertanya, “minat ke bang?” (ini ialah inquire), saya pasti menjawab ‘boleh juga.”

Kemudian boleh digunakan perkataan “ambillah murah bang.”

Saya masih rasa mahal. Kalau saya letak semula, maka si empunya gerai boleh memberi choice kalau modalnya kurang dari itu kerana dia ambil semua buku itu dengan kadar second hand atau mungkin beli timbang.

“Saya kurangkan sikitlah bang. Ambillah RM 8.”

Mungkin saya tertarik. Kalau tidak juga,

“Berapa abang rasa sesuai?”

Kalau sesuai harga menjadi RM 5, terima tawaran. Kalau tidak, bukan masanya buku itu dibeli pada hari itu.

Apa pun, kalau dibandingkan di kedai biasa, buku itu pasti saya perlu bayar RM 14 juga. Inilah kesan ‘irratinaloty’ dalam diri manusia. Banyak disentuh oleh Dan Arielly.

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Antara narcisissist, dakwah, sosial

Sekarang ada ramai mengaitkan FB dan narcissism. FB boleh jadi penyakit seperti dadah yang diambil lebih. Namun pada dos yang

Close