Pendakwah Air Kacang Soya 28

Dahi Din berkerut. Dia seperti berat hendak bersetuju walaupun dia sendiri mengakui dengan cara ini, mereka akan mendapat untung yang lebih besar.
Kata Din ”Memang untung Nas, tapi bahan pewarna tak elok untuk kesihatan”
Sikit je kita letak. Bukan banyak pun bang. Lagipun lebih sedap air tu” Nas cuba mempertahankan cadangannya kerana dia sedar air akan menjadi tumpuan utama ketika program. Dia cuba mencadangkan sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan yang besar dalam perniagaan mereka.
Din masih tidak bersetuju dengan cadangan Nas. Dia merasakan sebagai penjual, dia bertangungjawab menjual produk yang terbaik untuk pembelinya.
Memang sikit tetapi, ia tetap tidak elok. Lebih baik jika kita beli je buah limau dan tembikai. Kita blend dan buat air tanpa pewarna. Pembeli akan lebih puas sebab memang fresh tanpa bahan pewarna yang menbahayakan” Kata Din
Nas memikirkan apa yang dikatakan oleh Din.
Kita akan tetap untung walaupun tidak menggunakan bahan pewarna. Memang tidak dinafikan, untungnya tidak sebesar seperti jika kita menggunakan bahan pewarna, tapi dengan cara ni, dalam masa yang sama kita dapat untung dan juga kepuasan menjual produk yang terbaik kepada pembeli” Din terus menyambung lagi kata-katanya.
Nas masih tidak berkata apa-apa. Melihat keadaan ini, Din meneruskan hujahnya untuk meyakinkan Nas
Lagipun, ini tanggungjawab kita kepada pembeli. Kita tidak boleh terlalu terpengaruh dengan keuntungan yang besar tanpa mempedulikan cara kita ke arah tu.”
Baiklah bang, kalau begitu saya bersetuju dengan point abang. So, sekarang banyak juga yang perlu kita prepare untuk program ni” Nas bersetuju dengan pandangan Din
Mereka terus berbincang dengan lebih terperinci tentang rancangan mereka. Din terus mencatat segalanya dalam buku catatannya segala apa yang telah dibincangkan untuk rujukan.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah Air Kacang Soya 8

<div style="margin-bottom: 0in"> <span>Setelah selesai mencatat, Din berkata &ldquo;Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar

Close