Tribe Effect

“Kalau awak minta elok-elok,saya akan tolong. Dah awak tak hormat saya,macam mana saya nak hormat awak?” marah wanita yang menguruskan penumpang.

“Ini kenapa pandai pandai tukar tempat duduk?” marahnya lagi.

“Dah orang yang jaga tadi suruh saya pindah sini,saya duduklah.” jawab penumpang.

“Ini orang jual tiket la pandai pandai. Awak pergi duduk tempat asal. Awak kena naik bas sebelah.” wanita itu terus membebel.

Tiba tiba seorang makcik membentak. “Macam ini kami buat laporan ke SPAD, kamu semua ingat kami ini apa?”

“Dah,siapa suruh beli dari ulat tiket. Lain kali beli di kaunter,” balas wanita itu.

“Saya memang beli di kaunter!” jawab makcik.

Wanita tadi senyap dan menyambung kerjanya. Seketika, wanita itu turun dari bas. Beranjak ke bas lain.

“Abang,saya minta tolong tukar ke bas sebelah,boleh?” pinta seorang lelaki baru.

“Mana boleh, kalau nak saya tukar ke sebelah, kena kerusi solo macam ini juga.” Jawab penumpang.

“Tak apalah,saya ini minta tolong saja. Kalau semua penumpang keras kepala, alamatnya tak berjalanlah bas ini,” balas lelaki tersebut.

Begitu ragam sedari awal aku naik bas hingga sekarang. Bermula dengan seorang lelaki memberi arahan itu dan ini, kemudian bertukar kepada seorang wanita, setelah bertengkar dengan penumpang, wanita itu juga hilang. Kali ini diganti pula dengan seorang lelaki lain. Datang dengan tenang, ucapannya sering bermula dengan minta tolong. Orang sebelah aku juga sudah bertukar. Makcik di belakang terus berleter dengan penumpang penumpang lain.

Semua orang akan marah bila hak mereka diganggu. Ketika hal ini berlaku, makcik tersebut mempertahankan haknya sebagai penumpang, begitu dengan pihak yang menguruskan penumpang dan pemandu bas, semuanya mempertahankan kedudukan masing-masing. Dan jika ini berterusan, pasti masalah sukar diselesaikan.

Ini dinamakan situasi menang-kalah. Namun, kita mahukan situasi menang-menang di mana semua orang mendapat hak mereka. Api yang sudah menyala, bila disiramkan minyak pasti akan bertambah marak. Kerana itu, ia perlu dikawal agar dapat diredakan. Daniel Shapiro menyatakan bahawa terdapat 3 perkara yang perlu diatasi bila mengalami situasi tegang. Ia dipanggil ‘tribe effect’. Berikut adalah jadual ‘tribe effect’:

 

Adversarial Iaitu setiap individu mempunyai nilai sendiri dan mungkin bertentangan dengan orang lain.
Self-righterous Iaitu semua orang pentingkan diri sendiri.
Closed Iaitu bersifat tertutup.

 

Pemandu bas mungkin ada tekanannya sendiri di mana perlu membawa penumpang sehingga ke Klang dalam tempoh yang ditetapkan. Petugas mungkin tertekan kerana bahagian penjualan tiket masih mementingkan diri dengan menjual tempat duduk bertindih kepada penumpang. Penumpang pula merasa tidak selesa bila petugas bersikap tertutup dan mahu menunjukkan kuasa ketika berada di wilayahnya.

Sekiranya semua orang mahu mempertahankan nilai masing-masing dan mementingkan diri sendiri, isu seperti peristiwa di atas mungkin sukar diselesaikan. Apalagi semua orang bersifat tertutup. Justeru, 3 perkara di atas perlu diurus segera di mana petugas, pemandu dan penumpang perlu mencari nilai yang sama segera seperti memberikan fokus untuk mencapai ke destinasi masing-masing dalam keadaan tenang. Bila ketiga-tiga pihak boleh bersifat terbuka dan sedia untuk berunding dengan baik, kepentingan diri masing-masing secara tidak langsung akan dipenuhi.

Firman Allah swt bermaksud :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Surah Al-Hujurat, 49 (13)

3 perkara yang dinyatakan dalam ‘tribe effect’ juga sudah dijelaskan berdasarkan firman Allah di atas. Jadual berikut menerangkan secara ringkas tentang perkara tersebut:

Masalah Solusi
Adversarial Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak
Self-righterous supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Closed Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

 

Setiap individu mungkin mempunyai nilai yang bertentangan antara satu sama lain, namun Al-Quran menyeru agar meraikan perbezaan tersebut dengan adanya lelaki dan perempuan serta pelbagai bangsa. Dan sifat mementingkan diri adalah sesuatu yang fitrah dimiliki oleh manusia, maka perlu ia melihat orang lain disekelilingnya untuk dijadikan teman atau kenalan yang boleh dibawa berbincang. Manakala, ketaqwaan adalah amat penting untuk menjadikan seseorang hanya melihat dalam konteks dirinya semata-mata atau melihat dalam konteks yang lebih jauh dan besar manfaat untuk semua.

Keadaan kuasa menentang kuasa sering kali mengundang pergelutan yang menggusarkan. Kisah di atas adalah pertembungan kuasa di antara petugas, pemandu dan penumpang. Ia perlu diselesaikan segera di mana antara perkara yang boleh dijadikan perhatian adalah berkenaan ‘tribe effect’. Hal selain itu, penyelarasan tiket mungkin perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa agar ianya tidak menyukarkan banyak pihak. Di Klang misalnya, sebuah pondok telah dibina sebagai pondok khas yang menempatkan pihak penguasa SPAD dan JPJ.

Untuk mengatasi ‘tribe effect’ bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia penyelesaian yang mungkin dapat diambil agar dapat dilaksanakan perundingan yang berkesan selepas itu. Diharap isu begini tidak sering berulang kerana ia akan memburukkan imej industri bas, pihak berkuasa dan masyarakat Malaysia secara umumnya.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Harta dunia

“Banyak cantik muka mereka, tanah di kampung tu arwah nenek kamu yang beli! Dulu, semasa nenek kamu masih hidup, masing-masing

Close