Perjanjian dalam prestasi menang-menang

“Pelajar sekalian, berikut adalah perkara yang hendak kita capai. Ini adalah keperluan asas bagi gred A, B dan C. Matlamat saya adalah membantu kamu semua supaya mendapat gred A. Sekarang kamu fikirkan dengan teliti, dan cuba fahamkan tentang apa yang kita bincangkan tadi. Kemudian kamu tentukan sendiri apakah matlamat unik yang hendak kamu capai. Selepas itu, kita akan buat perjanjian bersama mengenai gred yang kamu tetapkan, dan apa rancangan kamu untuk mencapainya.”

Dalam dialog di atas, ada 6 perkara yang dapat diperhatikan iaitu:

  1. Situasi, di mana keperluan asas gred.
  2. Matlamat, iaitu semua boleh mendapat gred A.
  3. Ruang untuk berfikir.
  4. Tentukan matlamat sendiri.
  5. Perjanjian berdasarkan matlamat yang sendiri tetapkan.
  6. Perancangan untuk mencapai matlamat.

Gofer Delegation & Stewardship Delegation

Gofer delegation membawa maksud “buat begini, buat begitu, buat macam ini, buat macam itu, dan maklumkan kepada saya apabila sudah siap”. Gofer delegation adalah cara fikir di mana delegasi tidak diberikan sepenuhnya dan menyebabkan pihak yang melaksanakan perjanjian tidak komited untuk mencapai hasil yang dikehendaki.

Stewardship delegation pula memberi tumpuan terhadap hasil berbanding kaedah. Dengan cara ini, manusia bebas memilih kaedah tersendiri, justeru terdorong supaya bertanggungjawab pada hasilnya. Pendekatan ini memerlukan kefahaman dan komitmen yang jelas terhadap hasil yang diingini, garis panduan, sumber, kebertanggungjawaban dan akibat.

Justeru, perjanjian dalam prestasi menang-menang lebih melihat kepada hasil yang hendak dicapai berbanding kaedah yang perlu digunakan. Semua orang bertanggungjawab terhadap hasil yang ditetapkan. Seorang pekerja contohnya dapat menetapkan matlamat yang hendak dicapai. Tumpuan yang diberikan adalah pada hasilnya dan pekerja tersebut diberi ruang untuk mengikut kepada mana-mana cara yang boleh memastikan matlamat dicapai. Di sebuah syarikat hartanah yang besar, hampir kesemua 800 orang kakitangan pemasaran menerima anugerah prestasi cemerlang setelah menggunakan prestasi menang-menang ini. Justeru, syarikat memperoleh hasil yang besar dan pekerja mendapat habuan yang setimpal.

Perjanjian menang-menang-menang

Konsep menang-menang sentiasa melihat kepada hasil jangkamasa panjang. Menang-menang melihat kepada hasil jangkamasa panjang di dunia, namun menang-menang-menang melihat kepada hasil jangkamasa panjang sehingga akhirat. Konsep menang-menang adalah tentang saudara menang dan saya menang. Konsep menang-menang-menang pula adalah tentang Allah yang dimenangkan, dan kita semua akan menang. “Siapa yang membantu agama Allah, Allah akan membantunya” (Muhammad:7)

Perjanjian Hudaibiyah merupakan contoh perjanjian menang-menang-menang. Merujuk kepada isi kandungan perjanjian ini, ia seolah suatu perjanjian yang berat sebelah dan lebih memenangkan Musyrikin. Bahkan ada sebahagian Muslimin yang tidak berpuas hati dengan perjanjian tersebut sehingga mempertikaikan Rasulullah saw. Namun dalam tempoh jangkamasa panjang, terbukti hasilnya yang positif untuk Islam. Antara hasil yang dapat dilihat:

  1. Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani oleh Suhail bin Amr iaitu sebagai wakil kaum Quraisy. Suku Quraisy merupakan suku terhormat di Arab. Dengan perjanjian ini, telah mengangkat Madinah dengan autoritinya sendiri.
  2. Adanya perjanjian ini, memberikan kuasa kepada pihak Madinah untuk menghukum pihak Musyrikin yang menyalahi perjanjian ini.
  3. Perjanjian ini memberi ruang untuk agama Islam disampaikan secara aman damai tanpa ada pertumpahan darah.

Perjanjian adalah suatu akad yang selalu berlaku dalam kehidupan kita. Seorang pelajar yang mengikuti pengajian akan mengikat perjanjian dengan institusi pendidikan, seorang pekerja mengikat perjanjian dengan majikan, pasangan suami isteri mengikat perjanjian dalam perkahwinan mereka.

Justeru, membuat pilihan yang tepat dalam perjanjian adalah amat penting. Samada ia adalah perjanjian dalam prestasi menang-kalah, kalah-menang, atau menang-menang. Dan perjanjian yang memenangkan Allah adalah perjanjian yang menang-menang-menang.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Berani dan bertimbang rasa perlu seimbang

Nama saja sekolah agama, tapi macam sekolah sekular. Getus seorang ayah yang sudah beberapa bulan tidak membayar yuran pengajian anaknya.

Close